Connect with us

Artis / Selebriti

” Comel lah Fatima ni. Dia ada character tersendiri.. ” – Komen Netizen

Video telatah anak Fazura, Nur Fatima Aisya ketika shopping barangan Labubu buat ramai terhibur. Alahai, comel betul gelagat Fatima. Banyak betul dia borong.. 

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan anak selebriti terkenal Nur Fazura, pastinya mengetahui keletah puteri kesayangannya, Nur Fatima Aisya. Si comel yang kini berusia lima tahun itu sentiasa menceriakan hari-hari peminat dengan gelagatnya yang spontan, manja dan mencuit hati.

Terbaru, menerusi satu hantaran di Instagram Fazura, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Fatima berada di Pop Mart. Sejurus melangkah masuk, wajah Fatima terus berubah ceria dan teruja melihat himpunan pelbagai edisi patung comel Labubu.

Menerusi video berkenaan, Fatima dilihat memilih satu demi satu kotak Labubu yang menarik minatnya. Gelagatnya yang begitu teliti dan bersungguh-sungguh memilih patung membuatkan ramai terhibur melihat betapa comelnya tingkah laku Fatima.

Fatima kemudian mengambil beberapa kotak patung mengikut kesukaannya sehingga berjaya memenuhi sebuah beg besar yang dibawa oleh dirinya. Aksi comel itu sekali lagi mencuri perhatian warganet. Ada yang mengatakan semakin Fatima membesar, semakin manja, ceria dan menghiburkan.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan sangat menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :

”  Terhibur hati tonton gelagat Fatima, cute sangat.. Amboi shoping sakan nampak budak bijak pandai ni, ehehehehe.. “

” I love u mommy I love u..” Pandai ye dah paw mommy bodek baik punya, hahaha.. Fatima anak yang bijak dan solehah.. “

” Ambil paling belakang tu so malaysian ya fatima, haha comel je shoping kat pop mart but fatima comel,sister online ni nak cry baby dan teletubbies boleh tak.. “

” Mak fatimah adalah Fazura , so labu bu buu berapa biji pn fatima ambik ja tau sambil nyanyi labuuu buuu sekotak masuk bag , labuuu bubuuu sekotak lagi masuk bag, haha.. “

” Hahaha MashaAllah comel lah nyamma ni. Dia ada character tersendiri .. Mana nyamma blajar ambil blkg2 nie, HAHA.. “

” Perangai beli brg & ambik yg bhgn plg blkg tu lebih krg perangai aunty je la… Cute lah Fatima.. Mini paket Fazura.. “

” Nyamma comei & bijak like mummy Fazura.. Sakan shopping betul lah, hahahaha geram betul kita tengok perangai comel, haha.. “

Lebih menyentuh hati, selesai mendapatkan patung yang diinginkannya, Fatima sempat meluahkan rasa sayang kepada Fazura. Ucapan yang simple tetapi penuh makna itu menjadi tanda terima kasih dan penghargaan Fatima kepada ibunya yang sentiasa memahami keinginannya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG missfazura

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

SimplySiti Dermagic
Glad2Glow Powder

Trending

Copyright © Berita Kopak