Artis / Selebriti
” Comel dooh lah dengar Mek Korea ni kecek Kelate.. ” – Komen Netizen
Video Telatah Anak Maryam You Narae, Rina Bercakap Dialek Negeri Kelatan Buat Ramai Terhibur. Amboi Pekat Betul Sebutan Rina Tu. Comel Sangat Rina, Siap Buat Mimik Muka Lagi, Haha !!
Bagi yang mengikuti personaliti media sosial iaitu Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim pasti mengetahui yang pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Rina. Pasangan ini juga turut mewujudkan satu akaun Instagram rasmi untuk Rina.
Menerusi akaun Instagram Rina, Maryam banyak berkongsi video gelagat Rina ketika menjamu selera. Selain itu, Maryam turut berkongsi cara penyediaan makanan untuk Rina dan ianya turut menjadi perhatian warganet. Rata-ratanya sangat kagum dengan kesungguhan Maryam memasak menu sihat untuk Rina.
Terbaru, Maryam sekali lagi memuatnaik video gelagat Rina makan. Pada awal video, kelihatan Rina sedang membantu Maryam untuk meletakkan makanan pada pinggan yang telah disediakan. Namun apa yang mencuit hati ramai pada kali ini adalah Rina bercakap dialek negeri Kelatan.
Situasi ini terjadi apabila Rina sedang makan ayam, ketika Rina menggigit ayam tersebut, Rina berkata ‘ ada tule’ ( tulang) berkali-kali. Sehingga kini, video Rina ini menerima ratusan komen serta puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai Rina, comel betul Rina ‘kecek Kelate’ .
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video Rina ini dan ramai yang suka mendengar Rina bercakap dialek Kelatan. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comel dooh lah dengar Mek Korea ni kecek Kelate.. Dapat bayang nant dah besar, Rina boleh cakap bahasa Korea, Malaysia loghat Kelate.. “
” Pandai maryam ajar anak dia.. Rina pun sangat2 pandai makan dan pandai hargai omma dia.. Anak melayu pn tak semua cmni.. “
” Tercomel lah anak Rizal niβ¦ Ada tule.. Acik ulang berkali-kali video ni punyalah nak dengar Rina cakap, hehe.. Geram betul dengar.. “
” Hahhahaha so clever Rina kecek klate yekkk.. Mmg suka tgk Rina mkn.. Pndainya dia.. Terliur sokmo kalau tengok video makan Rina.. “
” Hok aloh Rina.. Meme ayam ada tule.. Kekekek comeyyy tule tule eee gerammm.. Hahaha terliur habis tengok Rina makan, sedap betul.. “
” Comey nyoo pandai kecek klate.. Anak Korean mmg makan tak memilih ke apa ni ek.. Semua Rina boleh makan.. Kalau anak aku itu tak nak ini tak nakβ¦ Ehhh pening mak.. “
”Β Waaah another level Rina.. Buleh kecek klate.. Serba boleh dia.. Cute tgk Rina, rajin tolong omma dekat dapur yer.. Hehe.. “
Ramai yang geram mendengar suara Rina bercakap dialek Kelatan. Part ini memang anak appa betul lah Rina. Comel sungguh gelagat Rina, diselitkan lagi dengan mimik muka yang cute untuk bagitahu ayam ada tulang. Apa-apa pun, semoga Rina terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG duriankimchijunior
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..Β
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Talita dah besar tone suara macam ibu. Suara serak serak macam tu, sebijik tau gaya Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Clean la, suara tak goyang, nafas pun clean. Power betul suara Hafiz, suara telan kaset.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen