Artis / Selebriti
” Comel Afwa rebut tiup lilin, boleh pulak dia gelak bila dah dapat, haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Comel Anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa Ketika Majlis Sambutan Hari Lahir Kakak Iparnya, Tya Arifin Buat Ramai Terhibur. Eh Afwa Pulak Yang Excited Nak Tiup Api Lilin. Cheeky Betul Muka Tu Masa Dapat Tiup. Mesti Dia Ingat Birthday Dia, Hehe !!
Umum mengetahui yang selebriti dari seberang yang juga merupakan seorang usahawan, Tya Arifin merupakan menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Tya yang berasal dari Palembang, Indonesia telah mendirikan rumahtangga bersama anak Datuk Khalid iaitu Asyraf Khalid dan menetap di Malaysia.
Beberapa hari lalu, ibu kepada dua cahaya mata ini meraikan ulangtahun kelahirannya yang ke 29 tahun. Tya berkongsi beberapa gambar di akaun Instagramnya sekitar sambutan hari lahir bersama suami dan anak-anaknya di rumah.
Selain itu meninjau di akaun TikTok Tya, telah dikongsikan video sambutan hari lahir bersama ahli keluarga yang lain. Menerusi video itu, kelihatan Dato’ Seri Siti membawa sebiji kek kepada Tya untuk ditiup api lilin di atas kek tersebut.
Namun gelagat comel anak lelaki Dato’ Seri Siti, Muhammad Afwa yang begitu teruja turut mahu meniup api lilin sangat mencuit hati. Meskipun Afwa dihalang oleh Dato’ Seri Siti untuk meniup api lilin itu, Afwa tetap berusaha untuk meniupnya dan akhirnya Afwa berjaya.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
( Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )
@tyaarifinnw Hahaha uncle onty tengok jap adik Tya ni hahaha🤪🤭 Si bongsu ni geram tau kak tya dengan dia😂 #fyp #tyaarifin #birthday #sitinurhaliza #ctdk
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat gelagat Afwa dan mereka juga menitipkan kata ucapan selamat hari lahir kepada Tya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Afwa pulak yg excited nk tiup lilin.. Happy birthday Tya.. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, sentiasa dlm lindungan Allah swt dan diberikan kesihatan yang baik Aamiin.. “
” Lajunya yg kecik tu naik atas kerusi bila nampak candle cake. Selamat hari jadi Tya, semoga terus maju jaya dalam bidang yang Tya ceburi.. “
” Hahahaha comel afwa rebut tiup lilin, blh plak dia gelak bila dh dpt.. Muka Aafiyah kelakar, hahahahaaha.. Aduh macam tu lah bila ada adik2 kecil.. “
” Happy birthday sis Tya.. Semoga panjang umur ,dimurahkan rezeki selalu stay healthy stay gorgeous. . MGBU.. “
” Cheeky betul muka Afwa tu puas hati dia dpt tiup lilin, hahaha.. Happy Birthday Tya.. Semoga didlm lindungan Allah Aamiin Aamiin Aamiin YRA.. “
” Sy nk Afwa, hahahaha ger4m la nk pegang pipi dia.. Bila adik KO ramai, pastu kecik2, hahaha mcm tu lah gayanya.. “
” Happy birthday Tya sentiasa dimewahkan rezeki dn dikelilingi org yg baik2.. Alahaai Afwa kenapa comel sangat ni, hehehe.. “
Riuh rendah suasana dibuatnya gara-gara Afwa mahu meniup api lilin. Afwa siap buat muka puas hati setelah berjaya meniupnya. Apa-apa pun di kesempatan ini kami dari Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Tya. Semoga segala urusan Tya sentiasa dipermudahkan dan terus bahagia bersama keluarga tercinta.
Silakan SHARE..
Sumber : IG tyaarifinnw, TikTok @tyaarifinnw
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen