Artis / Selebriti
” Comel Aafiyah malu-malu. Afwa tu macam mana boleh behave ye, hehe.. ” – Komen Netizen
Video majlis resepsi Aazief Khalid bersama pasangannya, Izza Athirah curi perhatian warganet. Cantik dan segak pasangan pengantin baru ni. Gelagat comel flower girls dan page boys buat ramai yang geram. Afwa terpaling behave..
Pada minggu lalu, anak Dato’ Seri Khalid Jiwa, Aazief Khalid telah pun selamat dijabqabulkan dengan pasangannya, Izza Athirah. Majlis itu berlangsung dengan lancar dan ianya dihadiri oleh kaum keluarga kedua-dua belah pihak dan sahabat terdekat.
Setelah seminggu berlalu, majlis resepsi pasangan pengantin baru ini telah pun diadakan. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kiffy Razak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika majlis resepsi itu sedang berlangsung. Aazief dan Izza tampil segak dan anggun mengenakan busana pengantin mereka.
Aazief dan Izza melangkah naik ke pelamin mereka dan tepukan gemuruh diberikan oleh tetamu. Pasangan pengantin ini juga turut memotong kek perkahwinan mereka. Satu tarikan yang menarik perhatian warganet dalam majlis Aazief ini adalah gelagat flower girls dan page boys.

Afwa mengetuai perarakan masuk ke dewan dan diikuti oleh Ariff Jiwa, Alaia dan Aafiyah. Kesemuanya kelihatan sangat comel. Jika selalunya Afwa agak cheeky, tetapi kali ini Afwa kelihatan sangat behave. Tersenyum-senyum sahaja Afwa, Aafiyah pula kelihatan seperti malu-malu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ala comel la flower girls n page boys.. Congratulation KakTengku.. lovely wedding your son KakTengku.. “
” Afwa mesti dah disogok sesuatu untuk behave ni.. Comel sangat Afwa dan Aafiyah tu.. Ghisau…ghisau yg depan skali tu haha.. “
” Sama cantik sama padan. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat selamat Pengantin Baru Aazief.. “
” Sukanya, kemas majlis ni. Alahai comelnya anak2 Dan cucu2 Dato, K dan Tok Ti ni. Adoii geram kat pipi deboh tu.. “
” Afwa tak boleh pair dngan affiya habis jakgi tertarik rambut.. comel saja afiyah malu2… afwa tu mcm mn blh behawe ye.. “
” Cantiknya pengantin perempuan.. sama cantik dan sepadan.. semoga kekal bahagia hingga ke syurga.. Aaminn.. “
” Aafiyah is so girlish.. malu malu comel sangat.. Afwa segak betul. Yeah Afwa terbaik lah sebab behave sangat sangat.. “
” Afwa comeyyy… behave wlau toleh2 belakang.. afiah cantikkkk sngt senyum malu malu.. relax je afwa paka kasut sport.. “

Majlis yang sangat meriah dan sempurna untuk meraikan Aazief dan Izza. Bila adik-adik dan anak saudara menjadi flower girls and page boys, pengantin pun kalah kerana ramai yang tertumpa kepada geng kanak-kanak ini. Apa-apa pun, semoga Aazief dan Izza berbahagia sampai ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kiffy Razak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

