Artis / Selebriti
” Collaboration dan circle yang sangat tepat untuk Hadie. Rasa tenang campur sedih lagu ni.. ” – Komen Netizen
Video Sufian Suhaimi berduet bersama Hadie Elfardie menyanyikan lagu Suatu Masa raih pujian warganet. Sedapnya suara Pian dan Hadie apabila bergabung. Kolaborasi yang menyengat rasa dan menusuk ke hati..
Bakat yang dimiliki oleh anak sulung Ina Naim dan arwah Suhaimi Saad semakin dikenali ramai. Selepas kerjasama bersama penerbit popular Jaja Ishak, Hadie kini mengorak langkah ke hadapan dengan menjalinkan kerjasama bersama penyanyi dan usahawan, Sufian Suhaimi.
Sufian yang popular dengan produk bantal Babypian memilih Hadie sebagai duta produknya itu. Pada perkongsian Sufian terdahulu, ada dikongsikan detik pertemuan antara Sufian, Hadie dan Ina untuk membincangkan lebih lanjut mengenai kolaborasi mereka itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Babypian, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Sufian dan Hadie berduet menyanyikan lagu kegemaran arwah Suhaimi berjudul Suatu Masa. Lagu ini pernah dinyanyikan oleh Hadie secara solo di pentas Talk To My Manager.

Kemerduan dan kelunakan suara Hadie dan Sufian menyentuh hati warganet. Suara Hadie semakin bagus dan sesuai bergandingan bersama Sufian. Pendek sahaja video perkongsian ini dan ramai yang meminta agar Sufian memuatnaik video penuh nyanyian duet mereka itu.
Jom tonton video di bawah :
@babypianhq Replying to @Mill@ Macam ni ke yang sis nak ? Btw ni lagu fav arwah abang suhaimi said tau 🥹 Enjoy
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 23 ribu tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Goodluck Hadie dan Pian.. circle yang lebih tenang.. Pian mmng dah lama sedap suaranya…. betapa sedapnya suara hadie nape juri2 tak perasan.. “
” Abang dan adik.. hebat anak-anak encik Suhaimi ni.. Sufian Suhaimi dan Hadie Suhaimi.. merdu suara tu tak boleh nak kata.. “
” Panjang skit boleh tak? kitanya baran tau klu pendek2 ni.. Kita tamak lah, nak panjang lagi.. dua dua suara sedap.. “
” hadie ni wajah mcm wajah arwah nordin ahmad kemelayuan tu..ensemmm sgt.. bila dengar Hadie nyanyi, suara tu buat airmata jatuh.. “
” Tak tahu berapa kali ulang, tak puas dengar. Makin sedap suara Hadie. suara tu menusuk jiwa nyanyi lagu ni.. “
” Masa hadie nyanyi solo lagu ni dkat ttmm mmg dah sdap…tapi skrg bila bduet dgn sufian suhaimi jdi makin sdap.. “
” Collabration dan cirle yang sangat2 tepat untuk Hadie.. rasa tenang campur sedih lagu ni.. apa pun terbaik hadie dan sufian suhaimi… “
” Hadie ni basic suara dia ala2 tok jamal, dia perlu polish utk dpt kn feel nyanyian n teknik yg bole buat org dgr suara je da tau ni hadie.. “

Suara yang menusuk dan penghayatan itu sampai ke hati pendengar. Paduan suara yang hebat antara Hadie dan Sufian. Semoga kerjasama Sufian dan Hadie dipermudahkan dan segalanya berjalan dengan lancar. Terus maju jaya Hadie dan terus mencipta nama dalam arena.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Babypian
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

