Artis / Selebriti
” Chem function teruk kali ni. Soalan panas, terkedu YB dan Bella, haha.. ” – Komen Netizen

Video perbualan video antara DS Umie Aida bersama YB Syed Saddiq dan Bella Astillah selepas keputusan kes rayuan di mahkamah buat peminat teruja. Wah sempat Umie wakilkan netizen bagi soalan cepu emas pada BASS ni. Blushing teruk YB Saddiq dan Bella..
Ramai yang ternanti-nantikan keputusan kes rayuan YB Syed Saddiq semalam. Tidak hanya ahli keluarga dan kenalan rapat, malah rakan-rakan selebriti juga mengikuti rapat perkembangan kes YB Saddiq ini. Apatah lagi dengan kehadiran wanita yang dianggap luar biasa oleh YB Saddiq, Bella Astillah.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era dan Tiktok Umie Aida Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan video call antara Datin Sri Umie Aida bersama YB Saddiq dan Bella. Ketika itu, keputusan telah pun diketahui umum dan kemenangan memihak kepada YB Saddiq.
DS Umie mengucapkan tahniah kepada YB Saddiq kerana kebenaran akhirnya terbela. Wajah YB Saddiq kelihatan gembira dan berseri-seri. Bersyukur kerana semuanya telah selesai, YB Saddiq akan meneruskan perjuangannya untuk berbakti kepada rakyat Muar.
DS Umie juga sama seperti peminat BASS yang lain, soalan berkenaan perkahwinan YB Saddiq dan Bella sempat diselit menerusi perbualannya itu. Reaksi YB Saddiq dan Bella setelah mendengar soalan daripada DS Umie itu membuatkan peminat BASS teruja.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Thank you datin umie wakil kan perasaan kami semua.. yang last tu diorang dah blushing haha.. gaisss siap sedia baju tuk tema wedding okey.. “
” Pesanan yang last tu paling win.. ayat kak umi paling mahal.. resah dh ktorg tguu.. fyp sweet tahap kena dialisis dh ni duk tgu next step tu.. “
” Kami tengah tunggu, jangan sampai tak jadi YB.. Tq Umie tlg jadi wakil BASS tanya event yg kita semua tunggu tunggu.. “
” Chem function teruk kali ni haha.. Singkat sangat lah jawapan yang last tuhh heheh.. pehal aku ulang2 nk dengar yg last tu je hahaha.. “
” Wow… soalan panas, terkedu yb dan bella.. Tepat dan padu datin Umie bagi BASS.. setuju part yg last tu…. mewakil kami.. “
” Kita tunggu good news BASS.. Part hujung tu yang rakyat Malaysia nak dengar sebenarnya haha.. bahagian 2 kak umie, cepat kak hehe.. “
” Banyak kali ulang dah ni… tersangkut kat sini sebab dua-dua ade kat situ… kita semua doakan kebahagiaan mereka hingga ke jinjang pelamin.. “
Tidak terjawab dengan kata-kata tetapi reaksi wajah malu-malu YB Saddiq dan Bella itu cukup untuk warganet memahaminya. Apa-apa pun, semoga segala yang YB Saddiq dan Bella rancangkan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, Tiktok Umie Aida Official , IG TEAM BASS
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral3 days ago
” Sumpah nangis dengar pesanan akhir Nurly untuk Lily. Sahabat dunia akhirat.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Ayat tu dulu buat aku senyum. Hari ini, ayat itulah yang buat aku menangis.. ” – Tunang Nur Ainul Qistina
-
Viral6 days ago
” Rupanya itu petanda dia dah nak pergi. Dia dah rasa tak sedap tapi tak tahu nak bagitahu macam mana.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dariya jangan kantoikan abah, part lap tisu kat mulut si abang tu terus pecah gelak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Anak saya baru saja menghembuskan nafas terakhir.. ” – Rahmad Mega
-
Viral2 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Viral2 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral3 days ago
” Dia tiba-tiba nak belajar makeup sebab nak nampak cantik masa praktikal nanti. Dan dia ulang ayat tu lagi.. ” – Rakan Arwah Nurly