Artis / Selebriti
” Cerdik macam mama dia, so cute, haha.. ” – Komen Netizen
Video respon anak Uyaina Arshad, Raja Urhan ketika ditanya nama kedua ibu bapanya buat ramai terhibur. Bila turn nama baba tu paling kelakar. Lain terus namanya, memang unexpected. Berdekah Uyaina gelak, haha..
Bagi yang mengenali pengacara terkenal, Uyaina Arshad pasti mengetahui yang Uyaina telah mendirikan rumah tangga bersama Raja Syahiran yang merupakan seorang pelakon dan penyany. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raja Urhan serta Raja Urayyan.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Uyaina, telah dikongsikan video yang memaparkan Uyaina bersama anak sulungnya, Raja Urhan. Menerusi video tersebut, kelihatan Uyaina sedang duduk dan memegang Urhan yang duduk di atas ribanya.
Uyaina bertanya kepada Urhan namanya sendiri. Urhan yang baru sahaja berusia 2 tahun lebih dengan pantas memberitahu namanya adalah ‘Raja Urhan’ . Selepas itu, Uyaina bertanya lagi, siapakah nama mama Urhan dan Urhan menjawab ‘Oyenna’ . Namun, apa yang mencuit hati adalah ketika Urhan memberitahu nama babanya.

Perkongsian tersebut turut mengundang tawa warganet. Ramai yang meluahkan rasa terhibur setelah menonton video gelagat comel Urhan menjawab soalan yang ditanya oleh Uyaina. Sehingga kini, video Uyaina bersama anaknya telah menerima ratusan komen dan belasan ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video gelagat comel Urhan dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarika adalah :
” Cerdik macam mama dia, so cute, haha.. Anak sulong sy masa umo 3 tahun panggil sy, “yanggg oo yang” .. Ikut daddy dia cakap, haha.. “
” Kita ulang2 tengok sebab suka dengar gelak ank beranak ni. Kita love.. Masyaallah, cerdik betul si abang ni, suara bercakap pun comel.. “
” Cepatnya dia dah besar, hehee.. Handsome betul muka Raja Urhan ni.. Mix dengan wajah Uyaina n husband lah.. Jadi anak yang soleh ya sayang.. “
” Hubby jugak dia pun nanti dkt sekolah dia bagitahu friend “harini hubby saya ambik dekat school” nganga la teacher dia , hahahaha.. “
” Oyenna eh. Nama mama dah bertukar jadi oyaina.. Geng oyen ke mama.. Ehehe.. Cute betul dengar dia cakap.. Kita yang dengar pun jadi geram.. “
” Kita lock nama Oyenna tu. Comeii.. Ni mesti Urhan dah selalu dgr mama dia panggil hubby dekat baba kan, hehe.. Sekali dia pun terikut.. “
” Alaaaaa cutenya dia ketawa.. Oyenna pon oyenna la Urhan.. Bukan mama je ketawa, kita yang tengok pun ketawa sekali dengar jawapan dia.. “
Berdekah Uyaina dengar jawapan yang diberikan oleh Urhan. Kelakar sungguh mendengar cara Urhan menyebut nama mama dan babanya. Bak kata Uyaina, sangat seronok apabila anak dah mula pandai bercakap kerana ada sahaja perkataan yang tak diduga akan keluar dari mulut mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG uyainaarshad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Laju wey, siap drift lagi tu, hebat .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia lebih Aliff Syukri daripada Aliff Syukri original. Amayan senak ulu hati nak menahan ketawa, haha.. ” – Komen Netizen

