Viral
” Cemburunya dengan arwah, datang dalam keadaan paling cantik dan manis untuk ayahnya.. ” – Komen Netizen
Video ayah arwah Nurly Sahirah (UPSI) berkongsi cerita mengenai Nurly yang muncul dalam mimpinya buat ramai tersentuh. Kerinduan seorang ayah, Nurly ‘pulang’ ke rumah dalam keadaan yang cukup indah..
Tragedi bas terbalik di Gerik minggu lalu meruntun hati warganet. Antara mangsa nahas ini yang mendapat perhatian adalah arwah Nurly Sahirah. Kematian yang menghidupkan jiwa yang lalai, itu yang diperkatakan oleh orang ramai. Nurly pergi dalam keadaan memeluk Al-Quran dan jenazahnya berbau wangi.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Khairunnisaterengganu01, telah dikongsikan satu video yang memaparkan ayah Nurly, Encik Azman berkongsi cerita mengenai mimpinya malam kelmarin. Bagi yang mengikuti kisah nahas ini, Encik Azman antara bapa yang terpaling tenang menghadapi pemergian anaknya.
Menerusi video perkongsian ini, Encik Azman memberitahu dia tidak pasti sama ada dia bermimpi atau pun kerana dia teringatkan Nurly, anaknya ini ‘ muncul ‘. Ada kemungkinan juga kerana rasa rindu yang bersarang dalam hati membuatkan pemikirannya terbayangkan arwah Nurly.

Cukup indah bayangan yang Encik Azman dapat menerusi mimpinya itu. Nurly hadir dalam keadaan yang cukup sifat dan sangat sempurna. Sedikit sebanyak terubat kerinduan seorang ayah kepada anaknya yang tidak akan dijumpai lagi dalam dunia nyata.
Jom tonton video di bawah :
@khairunnisaterengganu01 Ayah.. Suara keramatnya jarang kira dengari, rindu.. sedih.. suka mahupun duka. . . Pok Cik Man bermimpi, arwah anaknya Nurly pulang ke rumah, menatapnya dengan penuh senyuman, mungkin dengan itu sudah cukup mengubat rindu akan anak bongsunya itu. 🥺😢😭 #upsi #nurlyshahirah #nurlyshahirahpenjagaalquran #hafizahalquran #khairunnisaterengganu
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Rupenye dh seminggu berlalu, tnpa kite sedar kunjungan tak putus-putus… Subhanallah Allah angkat darjat arwah nurly.. “
” Di hatinya terselit rasa yang tersangat rindu… walaupun dia tabah sabar dan redho.. anaknya pergi dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk menemui Pencipta-Nya dengan bekal yang cukup.. “
” Di sebalik raut wajah yg ceria dan tabah.. hati ibu bapa nurly kita tak kan tahu akan kesedihan beliau. seronok mak ayah beliau adik2 abg kakak beliau.. kerana dia akan menarik ahli keluarga nya kesurga nya Allah tangpa dihisab.. kita ni tak tau lah.. “
” Nurly balik nak berterima kasih pada ayahnya.. dia tahu ayahnya rindu.. kematian yg dicemburui… Al-fatihah utk arwah adek Nurly.. “
” Anak dia balik senyum. Allahuakbar.. Bidadari dah masuk syurga.. sampai masuk dlm mimpi.. rindu dgn arwah.. ayah yg baik.. cemburunya dengan arwah, ahli syurga datang dalam keadaan paling cantik dan manis untuk ayahnya.. “
” Tahniah dr sy utk ayah arwah kerana hal ni… senyum arwah cukup bermakna tu sebagai hint yg beliau (arwah) bahagia dgn rahmat Allah.. “
” Rindu seorang ayah trhadp anaknya semoga ditmpat syurga fidaus.. Pasti anaknya ingin bagitau yang dia sangat tenang disana dan tak perlu risau.. “
Walaupun hanya mimpi, ianya sudah cukup mengubati rasa rindu seorang ayah terhadap anak bongsunya. Walaupun Encik Azman nampak begitu tenang, namun dalam hati pastinya akan rasa terkesan dengan pemergian anak tersayang. Sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-fatihah untuk arwah Nurly Sahirah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Khairunnisaterengganu01
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sweetnya, aku ni dah sakit rahang ni dari tadi senyum tak habis-habis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Suara gemersik Yosh mix pula dengan suara macho Hadie, memang ngam betul.. ” – Komen Netizen

