Artis / Selebriti
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen

Sedutan video anak sulung Bella Astillah, Ayden Adrean diwawancara oleh wartawan selepas selesai acaranya di Kejohanan International Multisport Coastal Fest 2025, Desaru raih pujian. Bangga Bella, Ayden memang bijak menjawab. Clever boy sangat, ala-ala Uncle Saddiq ni..
Kejohanan International Multisport Coastal Fest 2025 telah pun berlangsung di Desaru Johor semalam. Antara yang mencuri perhatian ramai adalah penyertaan daripada anak sulung Bella Astillah, Ayden Adrean. Untuk rekod, Ayden adalah peserta termuda yang mengambil bahagian dalam kategori Super Sprint Triathlon.
Ayden berjaya menamatkan cabaran renang 300 meter, 10 kilometer berbasikal dan 2 kilometer berlari. Ianya satu rekod yang membanggakan kerana Ayden masih baru dalam kejohanan ini. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sis Tiara dan Bitter Coffee, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Ayden diwawancara oleh pihak wartawan.
Ayden berkongsi cerita cabaran yang dihadapinya untuk menamatkan semua cabaran namun semangat juang yang tidak mahu berputus asa menjadi asbab Ayden berjaya melalui semua itu. Bella yang setia menemani Ayden di sisi terpancar rasa bangganya melihat anak sulungnya menjadi sehebat ini.
Warganet juga tumpang bangga dengan pencapaian Ayden dan pastinya YB Syed Saddiq antara pembakar semangat Ayden. Ayden sememangnya menjadi YB Saddiq yang dipanggilnya sebagai Uncle Saddiq ini sebagai idola. Semangat YB Saddiq terkena tempiasnya kepada Ayden.
Jom tonton video di bawah :
@me_as_you_know OMG!!! Im watching him live!! Good luck Ayden for your next adventure !#bass#fyp#media#beritatiktok
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Permulaan ayat Alhamdulillah tu yg mahal level iq yb jgk iyden jawab soalan terbaik ayden.. Idola dia kan yb tu.. “
” Bakal2 yb suatu hari nanti ayden pintar bijak.. Tahniah Ayden.. Brilliant Ayden & congrats to yr Mummy too.. “
” Tahniah Ayden n YB .. Ayden bijak sangat mcm YB ckp. Tahniah Mummy Bella membesarkan anak2 dgn baik dn bijak serta akhlak yg baik.. “
” Petah dia bercakap. Semoga berjaya dunia dan akhirat. ayden dia dia mncontohi yb ni.. alhmdllh.. mgkin boleh jd cm yb seorng yg bijak.. “
” Ayden yg hebat. ironkid. brckp sama mcm idolanya ironman.. jawapan nye tersusun gaya2 yb dah ni.. Cara mnjawab media sgt perform ekk mcm mummy and papa saddiq.. bangga mummy dia.. “
” Betul betul bakal anak YB… Syukur alhamdulillah tu, syed saddiq sangat.. pndai dia ni pcyalh stu hri dia mnjdi mcm uncle yb dia cra ckp semua ciri ciri.. “
” Bijak Ayden spt papa idolanya. pandainya Ara jd cameraman utk abg dan mummy.. moga bahagia till jannah klrga ini.. “
Penuh berkeyakinan Ayden menjawab soalan wartawan. Gaya YB Saddiq itu sudah meresap dengan sempurna dalam diri Ayden. Tidak mustahil Ayden boleh menjadi ironkid dan kelak menjadi ironman seperti Uncle Saddiq. Apa-apa pun, tahniah Ayden dan semoga lebih banyak kejayaan yang Ayden capai nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sis Tiara, Tiktok Bitter Coffee
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagus Mira ni takde nak overshadow. Dia buat the best untuk anak Fattah. Auntie Mira sweet.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tergelak time Hadie tunjuk gambar tu. Dato’ AC duk bahan dia, sekali dia bahan Dato’ AC balik, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sampai ke hati weh dengar suara Hadie tanpa muzik ni. Lagi tangkap sayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Manja eh Ernie ni, siap pak dengan mak sedara panggil panggilan macam tu, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Oddah ajar sampai dia gelek paling lembut aku pernah nampak weyy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila tengok video ni, jatuhnya air mata seorang ibu, ahhh tak tahan dah, mengalir jugak air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Kalau Shah Rukh Khan tengok ni Pak Azad, meraung dia tau. Sedap lah suara Bella dan Pak Azad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Hasil didikan ayah ibu yang hebat. Tengok lah cara dia, penuh dengan adab dan kasih sayang layan ibunya.. ” – Komen Netizen