Artis / Selebriti
” Cantiknya rumah Daiyan. Healing betul, tengok rasa tenang jiwa.. ” – Komen Netizen
Daiyan Trisha Kongsi Video Hiasan Dalaman Rumahnya Sebelum Dan Selepas Dekorasi Raih Perhatian Warganet. Fuh Cantik Betul Rumah Daiyan, Nampak Classy Dan Elegant Sangat Dekorasi Tu !!
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan penyanyi cantik, Daiyan Trisha. Daiyan antara bakat muda yang sering menjadi perhatian warganet. Daiyan baru sahaja keluar dengan music video single terbarunya berjudul ‘ My Home Is In Your Arms’ yang menggandingkan Daiyan bersama Merqeen.
Menerusi akaun Instagram Daiyan Trisha, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Daiyan menunjukkan beberapa ruangan di dalam rumahnya. Daiyan berkongsi suasana dalam rumahnya yang kosong dan selepas dipenuhi dengan perabut.
Apa yang menarik perhatian warganet adalah dekorasi setiap sudut rumah Daiyan yang kelihatan cantik dan kemas. Bermula dari kawasan ruang tamu dan berakhir di bilik tidur Daiyan, semuanya mendapat sentuhan yang indah dan dekorasi yang menarik.

Turut sama Daiyan tuliskan di ruangan kapsyennya itu, dekorasi dalaman rumahnya itu dihasilkan oleh Interiorscapes Consultancy. Pemilihan tema yang tepat dan itu menambahkan lagi keserian dalam rumah Daiyan. Teruja sungguh warganet melihat kecantikan rumah Daiyan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Daiyan ini telah pun meraih lebih 40 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bila Ada duit semua jadikan… doakan saya dimurahkan rezeki untuk buat bilik anak.. tengah mengumpul lagi.. ”
” Beautiful house, best tengok deco rumah Daiyan ni. Rumah dah ler besar dan luas. Deco pun simple tapi nampak mewah gitu.. ”
” Lovenya tengok.. cantiknya rumah Daiyan Trisha ni. definisi sebenar home sweet home idaman ramai.. ”
” Pretty house prettier owner.. Cantik betul rumah Daiyan ni. serba lengkap tu. setiap sudut tu memang kena lah deko dia. sedap mata memandang, tak serabut.. ”
” Pretty macam tuan rumah.. bestnya ada rumah besar luas macam ni. Sekali petik jari terus jadi hehe. i love everything.. ”
” Mesti lama simpan vid click tangan yg before tu kan hehe. Good taste, suka betul tema macam ni. simple tapi classy dan elegent je nampak.. ”
” Cantiknya rumah Daiyan.. Healing betul rumah Daiyan ni.. tengok pun rasa tenang je jiwa. Minimalist.. Aesthetic.. full house tour please.. ”
Semua ruangan rumah Daiyan ini memang menarik perhatian dan cantik. Ada juga permintaan untuk Daiyan membuat full house tour pula selepas ini. Tentu ramai yang tidak sabar untuk melihat keseluruhan rumah Daiyan. Boleh dijadikan inspirasi untuk semua yang mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Daiyan Trisha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen

