Artis / Selebriti
” Cantiknya Dr. Amalina, comelnya anak mereka.. ” – Netizen
Gambar-Gambar Sekitar Majlis Resepsi Dr. Amalina Bakri Dan Suaminya, Alex Raih Perhatian Ramai. Wah, Bersanding Bertiga Bersama Si Comel Arabella Mia. Comel Betul Bella Dengan Gaun Putih !!
Semalam telah berlangsungnya majlis resepsi Dr. Amalina Bakri bersama suaminya, Alex dengan begitu meriah sekali. Pasangan ini sebenarnya sudah bernikah pada April 2021 di London dan baru kali ini berpeluang mengadakan majlis resepsi di Malaysia.
Meninjau di beberapa akaun media sosial, beberapa perkongsian gambar ketika majlis resepsi berlangsung ada dikongsikan. Dr. Amalina dan Alex mengenakan busana pengantin tradisional berwarna ungu nampak sangat cantik sekali.
Tidak ketinggalan juga anak pasangan ini iaitu Arabella Mia yang memakai gaun berwarna putih. Arabella juga turut bersanding di pelamin bersama ibu dan bapanya. Wajah comel Arabella membuatkan ramai netizen terpuk4u.

Nampaknya kepulangan Dr. Amalina dan suami ke Malaysia bukan sahaja untuk menyambut hari raya Aidilfitri tetapi juga untuk mengadakan majlis resepsi di Malaysia. Sama cantik dan sama padan pasangan ini dan Alex juga kelihatan handsome berbaju Melayu tradisional.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji penampilan Dr. Amalina yang cantik dengan busana pengantinnya. Antara komen-komen yang diberikan :
” Cantiknya, kurlasss love her hair style.. hasil kerja yang baik.. dapat anak girl memang ikut muka bapaknya la .. “
” Cantiknya dr amalina, segakkk.. subhanallah, masyallah.. comelnya anak dia .. majlis yang istimewa.. “
” Ingatkan mat dan tadi . Cutenya arabella, lawa baju dia.. baby memang ikut muka ayah dia lah.. comel betul.. “
” Tahniah dr.amalina dan suami..
Rupanyer mjlis nyer buat di Malaysia . Alhamdulilah, tahniah dr amalina, comel baby .. “
” Comelnya anak mereka.. Tahniah doktor Amalina bersanding di Mslaysia,tinggi lampai suaminya.. “
” Zaman pkp, ramai yg nikah je dulu, buat yg wajib. Habis pkp, ada yg bersanding bawak anak sekali…. dah jadi trend skrg… tak de masalah pun… “
” Tahniah. kasik chance la abam alex jadi raja sehari naik pelamin bersanding.. chill k. Alhamdulilah nampak sopan mereka.. “

Walaupun sudah dua tahun bernikah dan baru melangsungkan majlis resepsi, penampilan pasangan ini tetap berseri bak pengantin baru. Semoga jodoh Dr. Amalina dan Alex berkekalan sehingga ke syurga dan bahagia selalu. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Pesona Pengantin, Ckayliow
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rasa nak nangis pulak dengar ucapan Mama YB.. ” – Komen Netizen

