Artis / Selebriti
” Cantiknya baju Tengku Natasya, nampak manis je. Semua cantik, baju, pelamin, tak berganjak tengok.. ” – Komen Netizen
Video dan gambar sekitar Istiadat Berinai pengantin diraja, Tengku Muhammad dan Tengku Natasya. Cantik sangat pilihan warna untuk Istiadat Berinai ni. Baju Tengku Natasya cantik sangat..
Istiadat Perkahwinan Diraja antara YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar dan YM Tengku Natasya Tengku Adnan dimulakan semalam dengan istiadat majlis akad nikah dan istiadat merenjis. Malam ini pula, istiadat diteruskan lagi dengan satu lagi istiadat wajib iaitu berinai dan santapan diraja.
Meninjau akaun Instagram Inaijari, Tiktok bbyj.nita dan Tiktok whosmein95, telah dikongsikan gambar-gambar dan video menunjukkan suasana ketika majlis istiadat berinai dan santapan diraja berlangsung. Jika untuk istiadat semalam, pasangan pengantin mengenakan busana berwarna putih, malam ini mereka memilih warna yang menarik.
Tengku Muhammad kelihatan segak dalam busana pengantinnya berwarna biru. Begitu juga Tengku Natasya yang sedondon warnanya dengan Tengku Muhammad. Rekaan busana pengantin pada malam ini juga sangat menarik perhatian dan ada ciri-ciri kemelayuan yang diterapkan dalamnya.

Sama cantik dan sama padan, pemilihan warna ini menaikkan lagi seri pengantin diraja. Semua mata memandang ke arah pasangan pengantin diraja yang kacak dan cantik ini. Dekorasi untuk istiadat pada malam ini juga menarik perhatian dan sesuai dengan warna busana pengantin.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya)
@whosmein95 Istiadat Perkahwinan Diraja Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Natasya Puteri Adnan #tengkumuhammadiskandarriayatuddinshah #tengkunatasyaadnan #perkahwinandiraja #royalpahang #royalpahangwedding
@bbyj.nita Istiadat Berinai #istiadatberinai #tengkumuhammad #tengkunatasya #tab #tna #fyp
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Pengantin yang selalu ceria.. selamat pengantin baru buat tengku muhammad iskandar shah dengan pasangannya tengku natasya.. semoga bahagia hingga ke jannah.. “
” Segak betul Tengku Muhammad ni. Cantik warna baju pengantin.. Kelakar lah tengku muhammad ni, suka tengok.. “
” Comel dan nakal tengku muhammad malam ni.. kelaku sungguh la.. cantik handsome pengantin.. “
” Kedua-dua cantik dan hansome malam ni.. yang baju tu lawa sangat hehe.. Alhamdulillah akhirnya berwarna malam berinai, sungguh cantik biru tu.. “
” Cantiknya baju Tengku Natasya, nampak manis je. Semua cantik, baju, pelamin, tak berganjak tengok.. ”
” Cantik betul warna baju-baju semua.. gorgeous, ni lawa sangat. Baju berkilau-kilauu.. lurve sangat.. “
” Kan cantik pakai camni.. nampak manis ja.. pakai longgar pun tetap nampak cantik.. berbeza dgn baju putih tadi.. “
Sejuk mata memandang pasangan pengantin diraja ini. Ramai nampaknya yang berkenan dan suka dengan warna baju Tengku Muhammad dan Tengku Natasya ini. Apa-apa pun, selesai sudah majlis istiadat berinai dan bakal ada satu lagi majlis yang akan dilangsungkan pada 27 Oktober nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Inaijari, Tiktok A.H, tt velvet_latte92, TT J.nita
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak artis sangat lah kamu ni anak. Siap jadi director tu tak tahan, haha.. ” – Fazeera

