Connect with us

Artis / Selebriti

” Cantik serta sopan Tengku Puteri Afzan. Tetap elegant walaupun berbaju kurung sahaja.. ” – Komen Netizen

Video Sekitar Majlis Bertandang YAM Tengku Puteri Afzan Dan FD Idzham. Cantiknya Tengku Afzan, Masih Mengekalkan Makeup Simple Dan Busana Yang Sopan. Pelamin Pun Cantik Sangat, Kek Pun Wow, Ilham Daripada Ibu FD Idzham Sendiri !!

Semalam telah berlangsungnya majlis bertandang di sebelah pengantin lelaki, FD Idzham dan YAM Tengku Puteri Afzan. Sebagaimana majlis perkahwinan sebelah pengantin perempuan, majlis bertandang ini juga tidak kurang meriahnya dan segalanya diatur dengan sebaik-baiknya.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Tengku Afzan, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana ketika majlis bertandang sedang berlangsung di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Semua mata tertumpu kepada pasangan pengantin diraja ini ketika mereka melangkah masuk ke dewan.

Tengku Afzan masih mengekalkan warna putih sebagai busana pengantinnya. Busana yang cukup sempurna dan halus penghasilannya menaikkan lagi seri pengantin Tengku Afzan. Ramai di kalangan warganet memuji pemilihan busana Tengku Afzan yang begitu sopan dan sejuk mata memandang itu.

Tidak hanya busana pengantin, dekorasi pelamin juga sangat cantik. Padanan lampu berwarna yang terpasang di atas pelamin sesuai dengan tema putih pengantin diraja ini. Dekorasi pelamin dan kek pengantin berwarna biru merupakan hasil ilham ibu kepada FD Idzham sendiri khas untuk anak dan menantunya.

Jom tonton video di bawah :

@tengku.puteri.afz0

Alhamdulillah🕊️✨ #fypシ゚viral #pahangroyalfamily #perkahwinandiraja #foryourpage #masyaallahtabarakkallah

♬ Lagu Pernikahan Kita – Tiara Andini & Arsy Widianto

@tengku.puteri.afz0

Majlis bertandang🕊️✨ #pahangroyalfamily #perkahwinandiraja #masyaallahtabarakkallah #tengkuafzan #foryourpage

♬ Lagu Pernikahan Kita – Tiara Andini & Arsy Widianto

@tengku.puteri.afz0

MAJLIS BERTANDANG🕊️✨ #pahangroyalfamily #perkahwinandiraja #masyaallahtabarakkallah #tengkuafzan #foryourpage #fypシ

♬ Lagu Pernikahan Kita – Tiara Andini & Arsy Widianto

@tengku.puteri.afz0

Istiadat perkahwinan di raja🩵🕊️✨ #fypシ゚viral #foryourpage #tengkuafzan #perkahwinandiraja #pahangroyalfamily #masyaallahtabarakkallah

♬ Janji Sehidup Semati – Yelse

@tengku.puteri.afz0

PERCAYALAH BY CTDK🕊️🤍✨ #pahangroyalfamily #perkahwinandiraja #foryourpage #fypシ゚viral #masyaallahtabarakkallah

♬ original sound – Tengku Afzan – Tengku Afzan

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Rizalman designer baju sopan.. terbaik.. cantik bajunya tidaklah ketat dan sendat… Nampak sopan anggun menawan selesa mengatur langkah.. Masyallah.. Tabarakallah.. ”

” Cantik serta sopan Tengku Puteri Afzan. cantik sangat sangat… ini baru wanita melayu Islam… sgguh anggun sejuk mata memandang…. till Jannah.. ”

” Mempersona, cntik dan bersopan. mewarisi peribadi tunku ampuan pahang. slmt pgntin baru till Jannah.. ”

” Berseri.. Ada aura tersendiri… Cantik sgt Tengku Afzan bila bertudung.. Murah pulak dgn senyuman manis.. Sejuk hati dan mata memandang.. ”

” Cantik baju bertandang ni.. mudah btl berurusan dgn TPA ni, semua design baju kurung moden.. Terletak cantik pakaian kedua2 pengantin.. ”

” Alhamdulillah….. sangat cantik & sopan pakaian pengantin diraja.. tidak berlebihan but tetap elegant dan ada class tersendiri… contoh terbaik kpd bakal pengantin.. ”

” Tetap elegant walaupn berkurung shja.. simple but nice.. sopan.. sejuk je tgok.. all white dr mjlis 1st smpi bertandang.. so exclusive.. admire sgt ngan baju kawen Tengku Afzan..xde lebih2.. ”

Semua kagum dan teruja melihat busana pengantin Tengku Afzan. Dari Istiadat perkahwinan diraja, membawa ke majlis berinai dan majlis bersanding, dan kini majlis bertandang semuanya berwarna putih. Tengku Afzan tampil cantik dan ada auranya yang tersendiri. Semoga berbahagia selalu puteri kesayangan ramai.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Tengku.puteri.afzo, IG Rekateemor

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT