Artis / Selebriti
” Cantik gambar raya Kak Engku sekeluarga.. ” – Netizen
Gambar-Gambar Raya Raja Azura Bersama Anak-Anaknya Raih Perhatian Warganet. Tak Pernah Tak Cantik, Klasik Sangat Gambar Raya Kak Engku Setiap Tahun !!
Ramai di kalangan selebriti tanah air mengambil peluang berkongsi momen-momen terindah ketika menyambut lebaran baru-baru ini dan memuatnaik gambar mereka bersama keluargan buat tatapan para peminat di media sosial.
Meninjau di akaun Instagram pelakon dan juga pengacara terkenal iaitu Raja Azura telah berkongsi beberapa gambar raya bersama-sama anak-anaknya. Menerusi gambar pertama, kelihatan keluarga Raja Azura telah mengenakan baju bertemakan warna hitam dan ungu lembut.
Manakala menerusi posting kedua pula, memaparkan gambar Raja Azura bersama anak-anak mengenakan pakaian bertemakan klasik. Cantik manis Raja Azura mengenakan selendang berwarna kuning dan bajunya pula berwarna biru bersulam bunga keemasan.

Anak-anak teruna Raja Azura pula mengenakan baju melayu teluk belanga yang bercorak petak dan anak perempuan Raja Azura mengenakan busana kebaya. Sehingga kini, gambar raya Raja Azura tersebut telah menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian gambar-gambar di bawah ini :
Di ruangan komen ada peminat turut memberikan kata ucapan selamat hari raya kepada Raja Azura sekeluarga. Antara komen tersebut adalah :
” Selamat hari raya Kak Engku dan anak-anak, maaf zahir batin.. Cantik gambar raya Kak Engku sekeluarga.. “
” Selamat Hari Raya Aidilfitri. Andai ada salah dan silap mohon dimaafkan.. Massaallah dah besar2 bujang and anak dara dah semua.. Alhamdulillah tegar adik ku membesarkan anak.. “
Boleh dikatakan setiap tahun, tema baju raya Raja Azura bersama anak-anaknya memang klasik dan menarik dipandang. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari raya buat Raja Azura sekeluarga. Semoga lebaran pada tahun ini membawa seribu kemanisan buat kalian.

Untuk rekod, Raja Azura atau nama sebenarnya Yang Mulia Raja Azura Binti Tengku Ahmad Tajudin antara selebriti tempatan yang memiliki pertalian dar4h dengan kerabat diraja Perak. Raja Azura pernah mendirikan rumah tangga bersama Adzmin Osman dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, Megat Luqman Hakim serta Puteri Mia Maizura.

Silakan SHARE..
Sumber : IG raja_azura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila dah makin lupa diri, buat majlis pun macam saya dah ma ti.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak sampai ke klinik, dah terbersalin dalam kereta dan saya yang sambut sendiri.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” 3 hari saya tak makan, saya nangis je. Rayyan datang, dia.. ” – Rita Rudaini
-
Artis / Selebriti5 days ago” Allah mommy, nak baby ulang berapa kali.. ” – Jebat Jayden

