Artis / Selebriti
” Cantik dan manis sungguh Danisha. Soalan last tu random sungguh, haha.. ” – Komen Netizen
Video Abby Abadi menyakat anak-anaknya ketika bercuti di Jepun curi perhatian ramai. Part anak cakap ‘senyum kalau Mama rindu Zul Ariffin’ buat ramai terhibur. Nak menyakat anak, sekali Mamanya pulak terkena, hehe..
Baru-baru ini, anak ketiga Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Maria Danisha Hakim mencuri perhatian ramai kerana pencapaiannya yang cemerlang dalam akademik di sekolah. Danisha bukan sahaja menjadi pelajar terbaik di sekolah, malah turut menerima anugerah kepimpinan.
Terbaharu, meninjau di akaun Instagram milik Abby, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Abby dan keluarga sedang bercuti di Jepun. Video tersebut memaparkan moment Abby bersama anak-anaknya,. Abby sempat menyakat dua anak perempuannya, Marissa dan Danisha dengan soalan yang mencuit hati.
Perkongsian video ini mencuri perhatian warganet. Ramai yang memuji penampilan Danisha yang manis dan cantik. Ada yang mengatakan kecantikan Danisha jelas diwarisi daripada ibunya, Abby Abadi. Danisha dilihat agak pemalu sedikit dan sebelum ini jarang menonjolkan dirinya di media sosial.

Selain kecantikan, personaliti Danisha turut mendapat pujian ramai. Danish dikatakan seorang yang sopan santun, manis dan bijak dalam setiap tindakan. Sehingga kini, perkongsian oleh Abby ini telah menerima puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah :
Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan pelbagai kata-kata pujian kepada Danisha dan dalam masa yang sama terhibur dengan perkongsian video oleh Abby ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cantiknya baby, lain pula tengok muka dia kali ni, hehe. Baby tu putih dia putih btl.. Tgn dgn muka sekata.. “
” Actually baby lagi cantik n muka dia nampak fotogenik, kakak cantik tp selalu nampak Korea2 mcm tu mcm da biasa tp tetap la cantik.. “
” MasyAllahhh.. Lawo lawo betul anak anak perempuan kak Abby ni . Lelagi baby.. Kecantikkannya makin terserlah.. “
” Combination abby norman mmg lawa betul ank2 gadis dia.. Yang si adik memang makin cantik yer sekarang.. “
” Haha… Senyum bila mama rindu zul arifin.. Dr zaman2 baby2 ni kecik lg follow… Btw Baby memang cantik lah tengok.. “
” Baby muka arab2 kakak muka asia, dua lawa mcm mak.. Baby copy paste norman marissa copy paste abby, 2-2 cantik tersendiri.. “
” Hahahaha soalan last tu random sungguh, hahaha yang dah 30an 40an ni tau lerrr .. Cantik manis sungguh Danisha.. “
Part anak Abby kata ‘ senyum kalau rindu Zul Ariffin ‘ membuatkan ramai yang terhibur mendengarnya. Niat Abby mahu menyakat anak-anaknya, tetapi akhirnya dia sendiri yang terkena. Apa-apa pun, kedua-dua anak Abby dan Norman ini sememangnya memiliki wajah yang cantik dan tidak jemu dipandang mata.

Silakan SHARE..
Sumber : IG abbyabadi_112
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anak artis sangat lah kamu ni anak. Siap jadi director tu tak tahan, haha.. ” – Fazeera

