Artis / Selebriti
” Bukan sebab daddy sibuk atau busy tapi bila Fatima besar nanti Fatima akan faham keadaan sebenar.. ” – Fattah Amin

Video luahan perasaan Fattah Amin buat anaknya, Nur Fatima Aisya dalam satu podcast buat ramai sebak. Setiap kata yang keluar daripada mulut Fattah tu sangat-sangat mendalam maksudnya. Sampaikan Janna Nick pun menangis dengar luahan Fattah..
Meninjau di akaun TikTok milik mimpu_ syakilla, telah dikongsikan video yang memaparkan pelakon Fattah Amin dijemput sebagai tetamu untuk rancangan podcast Melodi Up-Close. Menerusi video itu, dapat dilihat pengacara podcast tersebut adalah Janna Nick.
Pelbagai topik diborak oleh Janna Nick bersama Fattah, antaranya mengenai cara Fattah menghadapi ujian penceraiannya. Antara video lain yang menarik perhatian adalah Janna meminta Fattah untuk memberikan ucapan khas kepada anaknya, Nur Fatima Aisya.
Luah Fattah menerusi ucapannya itu, Fattah berkata dia sangat menyayangi Fatima. Segala memori Fatima bersama bekas isterinya, Nur Fazura masih lagi diingati dan gambar-gambar mereka masih tersimpan dalam telefon. Bukan itu sahaja, Fattah meminta agar Fatima akan terus menyayanginya seperti mana Fatima menyayangi Fazura.
Luahan isi hati Fattah kepada Fatima itu turut membuat Janna menjadi sebak dan menangis. Kata Janna, dia mendoakan agar selepas ini segala urusan Fattah untuk mengisi masa bersama Fatima akan dipermudahkan. Sehingga kini, video ucapan Fattah tersebut telah menerima ribuan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@mimpi_syakilla Dari Fattah Amin buat Nur Fatima Aisya Hingga Janna Nick menitiskan air mata. Ya Rabb, jagalah hubungan ayah dan anak ini. Tonton Video Penuh Di Aplikasi Tonton. Melodi Up-Close with Fattah Amin
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet setelah menonton perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Allahu Akbar.. Macam dia tengah cakap dengan Fatimah.. Lansung dia tak burukkan ex wife dia. Mulia sungguh hati Fattah.. “
” Bukan sebab daddy sibuk atau busy tapi bile besar fatima akan faham keadaan sebenar… Kenapa aku pula yang menangis niii.. “
” Divorce is not supposed to be seen as a broken family. Divorce is a way to prioritize the well-being and growth of individuals who may thrive better apart than together.. “
” Mcm mana dia boleh tak nangisβ¦Β Kalau aku ler yg berckp tu rasanya belum sempat 2 patah perkataan aku dah nangis.. Tapi aku tau dia tengah lawan perasaan sedih dia.. “
” Sepanjang daddy dgn mummy dgn fatima, daddy simpan semua memory.. Sedih wehhh, perpisahan yang bukan kehendak dia.. “
” Semoga Abg Long KUAT & TABAH menghadapi DUGAAN nie.. Sedih rasanya tgk video nie.. We always support Abg Long.. “
” Sangat gentleman… WalaΓΉpun dia sedih tetap senyum.. Dalam hati Allah je yg tau.. Janna nick very awesome, strong daddy Fatima inshallah Fatima good girl dia akan faham mummy dan daddy nya.. “
Meksipun wajah Fattah kelihatan seakan tenang, namun nada suaranya tidak dapat menipu. Suara yang menahan rasa sebak dan melawan perasaan tersebut. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk Fattah dan Fatima. Semoga mereka berdua dapat menjalani hidup bahagia bersama-sama.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok mimpi_syakilla, IG fattahaminz, nurfatimaaisya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bagus cara Syafiq tu, halus je dia bagi ayat, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Anggun sungguh Jemyma. Royal style, her face pun nampak vibes puteri raja.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saya tak pernah buat orang macam ni, saya minta maaf.. ” – Umie Aida
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Patutlah nak Dato’ Siti nyanyi kat wedding, romantis betul kisahnya, haha..” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pandai lenggok dah Thalita, versi berbeza dengan penyanyi asal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terkadang nak diluahkan rasa, tak ada tempat.. ” – Bonda Rozita
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cara kau kontrol emosi dekat mahkamah sangat hebat, aku salute kau.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ah sudah, lari daripada Iman, jumpa Walid pulak. Makin lambat laa ko nak khatam iqra Chem.. ” – Komen Netizen