Artis / Selebriti
” Bukan main erk dia. Selama ni kita tertipu la erk, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat suami Ain Edruce, Amirul Hafiz menyanyi lagu dangdut sambil bergelek ketika annual dinner companynya mengejutkan ramai. Amboi, lain betul Amirul bila bersama rakan sekerja. Tak macam yang biasa kita tengok, berubah 360 darjah. Bergelek sakan ye, ewah ewah..
Suami kepada pengacara terkenal, Ain Edruce iaitu Amirul Hafiz seringkali mencuit hati warganet dengan telatahnya yang sering kelihatan blur sahaja. Malah ketika Amirul bersama Ain membuat catwalk semasa majlis memperkenalkan ambassador jenama Bulan Bintang, Amirul mencuit hati ramai dengan gelagat spontannya berjalan sambil melambai-lambai dengan reaksi muka yang kekok.
Meninjau entry di akaun Tiktok Mohammad Aliff Zikry, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Amirul ketika annuar dinner syarikatnya. Amirul kelihatan berbeza dengan yang selalu warganet lihat di akaun media sosial Ain. Tiada lagi wajah blur dan introvert, malah berubah 360 darjah.
Amirul menghiburkan semua dengan nyanyiannya yang santai bersama pekerja-pekerjanya yang turut menyanyi beramai-ramai di atas pentas. Bukan lagu sebarang lagu, Amirul menyanyi lagi dangdut dan lengkap dengan aksi berjoget dan bergelek. Ianya mengundang sorakan dan ketawa daripada semua yang berada di situ.
Aksi Amirul itu menghiburkan warganet, ini rupa-rupanya karakter sebenar Amirul. Happy go lucky dan sporting, patut lah berjodohan dengan Ain yang selalu ‘masuk air’ itu. Komen warganet, suara Amirul boleh tahan juga dan sedap didengari. Ada bos yang happening seperti Amirul, tentu seronok semua pekerjanya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@aliff_zikry Terima kasih boss buat annual dinner.. Boss mirul hampir2 rosak😂😂#orionbase #mbahaulier
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Laki kalau dengan kita kemain malulah orang tengoklah buang tabiatlah. kalau dgn member, joget pun no hal.. “
” Dengan bini muka terpaksa , dengan kawan muka rela weh haha.. tak sangka suara bos awak sedap.. “
” Selain bini yg tau character sebenar suami. staff tempat kerja lagi tau perangai pelik suami. Msih terigt die lambai2 kt fashion show bulan bintang.. “
” Nampak dah dia happy dekat circle mana BHAHAHAHAHAHA. Saya rasa ini dunia saya. habislah ain edruce dah kena masuk kelab dangdut skrg.. “
” Dia ni macam mr.bean… dlam vtt bini dia ja dia buat2 blerr… tapi hakikatnya dia bijak dan serius.. “
” Boss aku masa dinner pun macam ni juga gelek2, setahun sekali je dia rosak. 364 hari lagi dia serious.. “
” Bukan main erk dia … selama ni kita tertipu la erk haha.. Dia dh lme pendam kite je yg lalai.. dia sebenarnya mmg pandai enjoy tapi muka dia tak mampu menggambarkan
.. “
Lain sungguh karakter Amirul apabila bersama pekerja-pekerjanya, automatic jadi periang dan gila-gila. Bukan main lagi Amirul bergelek. Riuh-rendah semua apabila ada bos yang sporting dan sekepala seperti Amirul ini. Murah rezeki Amirul kerana meraikan dan menghargai semua pekerjanya. Terus maju jaya dan semoga murah rezeki selalu.
Silakan SHARE..
Sumber :Tiktok Mohammad Aliff Zikry
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen