Artis / Selebriti
” Budak tak pandai menipu tau. Abang Long jangan cakap kebetulan pulak ekk. Neyyy, haha.. ” – Komen Netizen

Video founder Rissa Skin, Madam Syaheraa bersama anaknya, Rafael bercerita mengenai siapa kekasih Fattah Amin buat ramai terhibur. Wah Rafael, jujur betul dia bercerita apa yang dia tengok. Jaga-jaga dik, nanti kena masuk store, hehe..
Pengasas Rissa Skin, Nurul Syaheraa antara watak penting yang selalu memberikan ‘vitamin FattMira’ setiap kali pasangan, Fattah Amin dan Amira Othman bersiaran bersama. Keputusannya mengambil Fattah dan Amira sebagai duta produk kecantikannya itu keputusan yang terbaik.
Memandangkan Fattah dan Amira selalu berjumpa Madam Syaheraa sekeluarga, anaknya juga sudah akrab dengan pasangan itu. Menerusi perkongsian Madam Syaheraa di akaun Tiktok Rissaskin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan antara Madam Syaheraa bersama anak lelakinya, Rafael.
Madam Syaheraa bertanyakan kepada Rafael siapakah girlfriend Fattah Amin dan si kecil ini dengan penuh yakin menjawab Amira. Tergelak dengan jawapan Rafael, Madam Syaheraa cuba menukar soalannya, namun jawapan yang diberikan oleh Rafael tetap sama Amira.
Cerita Madam Syaheraa, setiap kali Rafael melihat poster Amira di Jakel, pasti dia akan menjerit memberitahu itu adalah kekasih Fattah. Budak kecil pun sukakan Fattah dan Amira, apatah lagi golongan dewasa. Kuat sungguh aura Fattah dan Amira ini sehingga menjadi kesayangan ramai.
Jom tonton video di bawah :
@rissaskin_hq Lawak betul 😆😆 #rissaskin
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Adik jangan macam -macam.. kang kena kurung dalam stor haha.. nanti jadi peserta paling muda ni hehe.. “
” Maam, kebetulan dlm store kami takda budak² lagi. last time papa dgn mama laris dah masuk join. lega sbb tak payah makan bihun Singapore dgn karipap angin sbb papa dgn mama laris ada. now tak sunyi la kalau ada budak² kecik masuk store kami.. “
” Rafael pun masuk stor ni kang haha.. budak budak tak reti menipu ni.. good boy Rafael.. pengakuan paling jujur ni.. “
” Jangan terus terang sangat adik. nanti join abang Ifan dan abang Acha masuk stor kang haha.. “
” Ok Rafael boy calon seterusnya masuk stor.. tq rafael .. budak2 tak pandai menipu hehe. Mudah2an berjodoh Diaorg berdua.. Mulut Ank2 kecil katenya Maqbul.. “
” Hati hati dik, risau jadi headline nanti haha.. budak2 xpandai menipu tau.. abg long jgn ckp kebetulan plk ekk.. neyyy haha.. “
” Anak maam nak kena masuk stor jugak ni haha.. pandai anak maam tu, very cute.. jangan aneh aneh dik.. neyyyy.. “
Wah ini pendedahan eksklusif daripada anak maam besar Rissa. Bukan berita biasa-biasa ini, mesti gembira semua peminat FattMira mendengar ayat Rafael itu. Apa-apa pun, semoga kata-kata Rafael itu makbul dan sama-sama kita mendoakan yang baik-baik untuk Fattah dan Amira.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rissa Skin HQ
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti3 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Unexpected menu dia buat, sekali aku pun berdekah, haha.. ” – Komen Netizen