Artis / Selebriti
” Buat-buat terkejut tu yang comel, dah kalau namanya perempuan.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Nur Fatima Aisya secara spontan membetulkan tudungnya ketika live bersama ibunya, Fazura buat ramai terhibur. Mummy pun senyap-senyap alihkan kamera ke arah Fatima. Sampai terkejut Fatima dibuatnya, comel sungguh..
Meninjau ke akaun Instagram Xtra, perkongsian sebuah video yang memaparkan anak Fazura iaitu Nur Fatima Aisya sedang membetulkan tudungnya ketika sesi live telah membuatkan ramai terhibur. Comel betul gelagat Fatima membetulkan tudungnya.
Fatime membetulkan tudungnya sambil memandang ke arah cermin. Gelagat Fatima ini dirakamkan oleh Fazura secara senyap-senyap apabila Fazura menghalakan kamera ke arah Fatima. Amboi, bukan main lagi Fatima apabila hendak bergaya dengan tudungnya itu.
Maklumlah perempuan kalau tudung senget sedikit mesti tidak rasa puas hati, apatah lagi kalau ‘ awning ‘ tudung tidak menjadi. Apabila selesai Fatima membetulkan tudungnya, Fatima segera memandang ke belakang dan baru menyedari dirinya sedang dirakam.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Fazura juga berasa terhibur melihat gelagat satu-satunya puteri kesayangannya. Fatima kini nampaknya sudah pandai membawa diri apabila membuat live bersama ibunya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Buat2 terkejut tu yg comel tu.. copy paste mak dia…comel sgt.. Part fatima nak bagi penumbuk tu muka ayah dia.. Bdk ni makin besar makin kelakar.. “
” Sebijikk macam mak dia nyamma ni.. Alaa comelnya nyamma pakai tudung.. Fatima cheeky mcm mummy.. dah kalau namanya perempuan.. “
” Fazura orang yang baik. Hanya focus pada anaknya, hidupnya & kerjanya. No more drama for her. Semoga fazura jumpa jodoh yg lebih sayangkan dirinya & anaknya.. “
” Fatima character Fazura suka buat mimik muka kelakar. sapa yang tenguk lebeh dari 3 kali. laaa knpaaa cantikkk sgggt neee…loveeeee faz n fatima.. “
” Inilaa ertinya penyeri hidup pada Faz sebenarnya. fatima akn mewarisi ciri2 fazura yg berjaya dlm bisnes insyaallah bila da besar.. “
” Betul la hidup tanpa lelaki ni lebih bahagia dan aman. comeyyy nyee nyammaa !! macam mommy jee kan.. dh jd muka anje bila pkai tdung ..omeyy.. “
” Fattah Amin versi perempuan comel Fatimah. bahagia selalu Fatimah dan ibu.. Lain macam aura happy bila org dah betul2 move on.. “
Semakin Fatima membesar semakin cantik dan comel seperti ibunya. Kami di berita Kopak mendoakan semoga Nur fatima Aisya membesar menjadi seorang anak yang berjaya dalam kehidupan sama ada di dunia dan juga di akhirat. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Xtra
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti3 days ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Padu teruk gabungan Umai dengan Hafiz. Lunak suara, dua dua ada masterpiece.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mak dia pun sampai keluar air mata ketawa tengok Amayan, kita lagi lah berdekah.. ” – Komen Netizen


