Artis / Selebriti
” Boleh tahan suara Zara ni. High pitch tu wow sangat, haha.. ” – Komen Netizen
Video Nur Izzara sedang ‘berlatih vokal’ dengan daddynya, Dato’ Ramli MS buat ramai terhibur. Amboi nyaringnya suara Zara, bukan main riuh lagi. Sakali Zara tarik suara, bergema satu rumah, hehe..
Kehadiran si kecil diberi nama Nur Izzara menambahkan kebahagiaan kepada pasangan Dato’ Ramli MS dan Datin Alyah. Mesra dengan panggilan Zara, hari demi hari Zara membesar dengan sihat dan perkembangannya sering dikongsikan oleh Datin Alyah.
Meninjau entry di akaun Instagram Datin Alyah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan telatah Zara ketika bersama Tok Ram. Zara sememangnya sangat manja dan akrab dengan daddynya ini. Seringkali warganet melihat kemanjaan Zara dan cara Tok Ram melayani permata hatinya itu dipuji ramai.
Menerusi perkongsian terbaru Datin Alyah ini, Zara kelihatan sedang duduk di atas ribaan Tok Ram. Jarang dapat mendengar suara Zara tetapi kali ini Zara memperdengarkan suara yang lantang itu. Bukan main riuh lagi Zara menjerit-jerit dan kedengaran seperti Zara menyebut perkataan ‘ayah’.

Seronok warganet melihat aksi Zara itu dan ramai yang mengusik mengatakan Zara sedang berlatih vokal bersama Tok Ram. Tumpang bahagia warganet melihat Tok Ram sekarang, makin terserlah sisi penyayang Tok Ram. Zara sudah pandai mengajak daddy berborak tetapi sayangnya daddy pula tidak faham bahasa Zara.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Comel Zara… zarra sebut ayah tu.. zara dah pandai nak cakap lah.. anak manja daddy ni, comelnya zara ni.. “
” Ok.. vokal boleh pegi jauh.. dak comeyyy.. zara tengah latihan vokal nak gv ke tu hehe.. comel je tok ram melayan.. “
” Masya Allah geram btl la zara yg comellllll ni.. klu boleh hari-hari nak tengok video dia.. Dah pandai panggil ayah ye.. “
” Olololo cayang zara test vokal ya.. omeyy laaa…moga membesar jd anak solehah ye zara sayang.. Best vokal terbaik ni.. “
” SubhanaAllah. comel sungguh Zara nih.. tak la akak dia tengah jerit nama akak tu alyah.. alyah.. tumpang bahagia dan gembira tengok tok ram sekarang.. “
” Geramnya dengar suara Zara tu.. power jugak suara ni nanti.. sekarang pun dah test vokal dengan daddy.. hehe.. macam sebut ayah je.. comel sangat Zara ni.. “
” Alah alah dah pandai nak ajak daddy borak tu zara.. boleh tahan suara Zara ni.. high pitch tu wow sangat haha.. ok daddy sila berikan komen anda.. “
Seronok melihat telatah Zara apabila bersama Tok Ram. Sudah seperti sesi berlatih vokal pula Zara ini. Tok Ram pun melayan sahaja gelagat Zara. Apa-apa pun, semoga Zara membesar menjadi anak yang solehah dan kebanggaan daddy dan mommy apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Alyah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia mari dengan kecek Kelate pulop doh. Lawak la Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Dato’ Aliff sedap je. Sengaja buat-buat suara kepit nak bagi view naik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen

