Artis / Selebriti
” Boleh tahan bacaan tajwid. Dah agak dah Rahman Chea dengan Kanafly ni bukan kosong.. ” – Netizen
Video Qawiy Aro Terjah Ngaji Content Creator, Rahman Chea Dan Kanafly Raih Perhatian Ramai. Awal-Awal Tu Macam Kelakar Bila Masing-Masing Buat Lawak, Tapi Sekali Mereka Mengaji, Power Habis Lah. Bak Kata Qawiy, Rahman Dan Kanafly Tak Kosong Okey !!
Sebut sahaja nama Abdul Qawiy Aro, pasti ramai yang mengetahui yang Qawiy suka berkongsi video terjah ngaji. Antara yang sering menjadi ‘mangsa-mangsa’ Qawiy adalah selebriti dan pempengaruh media sosial. Boleh dikatakan semua video yang dimuatnaik oleh Qawiy menarik perhatian ramai.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Qawiy telah menerjah content creator, Rahman Chea Dan Kanafly. Rahman serta Kanafly. Mereka ini sangat dikenali ramai dengan video-video lakonan mereka yang mencuit hati di akaun TikTok milik mereka berdua.
Kelihatan Qawiy bertemu Rahman dan Kanalfy di sebuah majlis. Menerusi video pertama, Qawiy meminta Rahman untuk duduk di sebelahnya. Qawiy berseloroh mengatakan sebelum ini dia mahu membuat video terjah ngaji kepada Rahman serta Kanafly, namun mereka lari.

Qawi meminta Rahman menyambung surah yang dibacanya iaitu Surah Al Baqarah. Rahman menyambungnya dengan bacaan yang sangat lancar. Manakala video kedua pula memaparkan Kanafly membaca surah Al’ A’la. Bacaannya juga agak baik.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video tebuk ngaji Rahman dan Kanafly serta pelbagai pujian diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Boleh tahan bacaan tajwid. Dah agak dah Rahman Chea dengan Kanafly ni bukan kosong.. Suka tengok video mcm ni, sangat bermanfaat.. “
” Nak tahu org tu mmg hafal Al-Quran, tgk ayat yg Qowiy tebuk. Kalau kau pun tak tahu atau tak igt, maknanya dia yg ditebuk bukan level biasa. Easy Medium Hard level, u choose.. “
” MasyaAllah indah betul bacaan masing-masing.. Albaqarah tu. semoga kita & seluruh zuriat keturunan kita mnjadi ahlul quran.. “
” MasyaAllah.. Dia baca lancar macam membaca ye kat depan. Lawak² pun tak kosong.. Hebat lah Rahman dan Kanafly.. “
” Sekarang memang semua nak jadi artis kenaa hafal Quran. Kalau tak malu jek kena tebuk dgn Qawi.. Betul-betul tak kosong ni.. “
” First time tgk rahmanchea behave.. Dua2 power. Hebat depa ni. Tahniah.. Satu surah Kanafly habiskan.. Fuh terbaik lah.. “
” Bukan kaleng2 Rahman Chea and Kanafly. Diorg tak kosong, bukan sahaja pandai buat lawak, mengaji pun pandai, hebat.. “
Ramai yang kagum dengan bacaan surah oleh Rahman Chea dan Kanafly. Bak kata Qawiy, Rahman ‘tidak kosong’ . Bukan kaleng-kaleng Rahman dan Kanafly, surah yang dibaca mereka agak panjang, memang power lah, salute sangat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG qawiyaro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia mari dengan kecek Kelate pulop doh. Lawak la Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Dato’ Aliff sedap je. Sengaja buat-buat suara kepit nak bagi view naik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen

