Artis / Selebriti
” Boleh pula osom-osom ye, siap dah belajar sebelum jumpa Tokti. Masuk air judika ni, hehe.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Sri Siti Nurhaliza bermain Osom dengan Judika ketika di awal Konsert Journey of Sound buat ramai terhibur. Masuk air juga Judika ni rupanya, gelak besar Tokti dibuatnya..
Malam semalam peminat-peminat biduanita negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan juga penyanyi terkenal dari negara seberang, Judika berpuas hati dapat menyaksikan persembahan hebat dua figura kesayangan ramai ini di Konsert Journey of Sound Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Judika.
Menerusi akaun Instagram sinar_my, video moment ketika di awal konsert telah dikongsikan. Pada ketika ini DS Siti dan Judika berbual mengenai giliran siapa yang akan menyanyi terlebih dahulu. Masing-masing mengatakan yang mereka ingin menyanyi awal.
Sempat Judika berseloroh mengatakan jika DS Siti menyanyi awal, penonton akan pulang awal dan tidak menyaksikan dirinya menyanyi. Jadi DS SIti mencadangkan untuk bermain osom untuk menentukan giliran nyanyian pada malam itu.

Seloroh Judika lagi, dia biasa menang kerana namanya ada perkataan Judi di hadapan. Tetapi bukan judi duit yang dimaksudkan oleh Judika. Tergelak DS Siti mendengarnya. Akhirnya Judika betul-betul menang dan akan memulakan nyanyian terlebih dahulu.
Jom tonton video di bawah :
Kebanyakan warganet memberikan emoji ketawa dan juga love. Antara komen yang dapat kami kongsikan adalah :
” Boleh pula osom-osom ye, siap dah belajar sebelum jumpa Tokti. Masuk air judika ni, hehe.. ”
Pastinya ini hanya lakonan yang dirancang oleh DS Siti dan Judika. Ini kerana mereka sudah membuat rehearsal terlebih dahulu sebelum konsert bermula. Jadi, sudah tentu giliran nyanyian telah ditetapkan awal-awal lagi. Apa-apa pun, ianya begitu menghiburkan penonton yang hadir.

Tahniah diucapkan kepada DS Siti dan Judika serta team yang terlibat kerana dapat menyatukan seramai 28 ribu penonton yang hadir ke Stadium Merdeka untuk menyaksikan persembahan yang hebat yang dijanjikan oleh mereka. Pastinya sangat berbaloi untuk penonton yang datang ke sana.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar My, Tiktok Sinar My
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya macam, alah apa yang nak dikisahkan dengan Erra Fazira.. ” – Mr E
-
Artis / Selebriti5 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Terus tergagap member tu. Sekali dah merah muka, haha.. ” – Komen Netizen

