Artis / Selebriti
” Blend betul lagu ni dengan suara Hadie. Versi akustik macam ni lagi syahdu.. ” – Komen Netizen
Video Hadie Elfardie menyanyi lagu Rapuh sambil bermain gitar ketika live raih pujian warganet. Alahai sedap sungguh suara Hadie ni. Tak jemu dengar, lebih feel versi ini..
Nama Hadie Elfardie, anak sulung kepada pasangan Ina Naim dan arwah Suhaimi Saad semakin menjadi sebutan ramai. Percaturan Ina untuk menerima tawaran Astro bagi menyertai rancangan realiti Talk To My Manager ternyata memberikan impak kepada anak sulungnya itu.
Saban minggu, Hadie memberikan persembahan yang terbaik dan berjaya menawan hati penonton. Ramai di kalangan yang berusia menyukai Hadie kerana sikap Hadie yang baik, lebih-lebih lagi cara Hadie menyantuni ibunya. Penuh rasa hormat dan kasih sayang terhadap ibunya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sheissyae, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Hadie. Ramai yang meminta untuk mendengar Hadie menyanyikan kembali lagu duetnya bersama Marsya di pentas final minggu lalu iaitu lagu Rapuh.

Dengan iringan petikan gitar oleh Hadie sendiri, permintaan itu dipenuhi dan ianya meraih pujian warganet. Tidak dapat dinafikan Hadie mempunyai suara yang sedap didengar dan tone suaranya itu mampu membuatkan pendengar tersentuh hati. Kuat betul aura Hadie ini.
Jom tonton video di bawah :
@sheissyae 🥀RAPUH by Hadie. (From his LIVE earlier) #rapuh #fypage #fypシ゚ #fyppppppppppppppppppppppp #songcover @ADI? @Hadie FC
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 500 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Semua persembahan hadi dalam Talk To My Manager memberi kesan dan orang akan inagt sampai bila-bila.. “
” Sedap suara Hadie… semuga Hadie boleh buat yang terbaik MLM esok… Blend betul lagu ni dengan suara Hadie.. versi akustik camni lagi syahdu.. “
” Hadie u r the best.. Bestnya suara Hadi semoga berjaya dunia akhirat akak doakan.. Good luck Hadie semoga berjaya malam esok TTMM.. “
” Hadie nyanyi sedih sangat dengar.. tgok hadie .. sebak nk nangis … hadie memg trbaik… harap harap.. hadie ibu terbaik minggu ni.. “
” Kenapa ya lagu ini tidak di nyanyikan secara sendirian lagu kerohanian amat sesuai dengan suara Adi.. terbaik untuk Hadie.. “
” Hadie nyanyi sambil main gitar macam ni, rasa tu lebih deep. gemersik suara tu, alahai tak jemu dengar.. “
” Sedap sangat suara Hadie ni.. Acik pun tak puas dengar ni.. moga Hadie juara.. anak yang baik dan anak yang soleh.. “
lagu Rapuh yang sememangnya menusuk ke dalam hati pendengar. Suara Hadie memang sesuai dengan lagu kerohaniaan sebegini. Semoga Hadie dapat melakukan yang terbaik untuk pentas akhir TTMM malam esok dan mencipta kejayaan yang diidamkan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sheissyae
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Fuh masa meremang Aisy tarik part tinggi tu. Memang keturunan nada tinggi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen

