Artis / Selebriti
” Biso Jebat kecek Kelate.. ” – Catriona Brian Ross
Video Jebat Jayden Membebel Tak Dapat Duit Raya Mencuit Hati Peminat. Ayat ‘Tok Dapat’ Tu Comel Je Bunyinya. Pandai Jebat !!
Gelagat si comel Jebat Jayden putera kesayangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila ini sering mencur1 perhatian peminat. Bukan sahaja kerana namanya yang unik, malah wajah comel Jebat cukup buat mata tak puas untuk memandang.
Jebat yang dilahirkan pada 30 Ogos 2018 kini sudahpun berusia 1 tahun 9 bulan. Sepertimana kanak-kanak lain, Jebat juga membesar mengikut jadual tumbesaran normal. Sudah pandai berjalan malahan aktif berlari ke sana sini, Jebat sering membuat aksi lucu yang menghiburkan hati.
Masih belum boleh bercakap dengan jelas, butir percakapan Jebat yang menggunakan bahasa ‘kanak-kanak’nya itu kedengaran melucukan. Kadang kala seperti Jebat bercakap dalam bahasa Korea dan Jepun pun ada jika mendengar Jebat membebel.

Menerusi akaun Instagram, Noor Nabila telah berkongsikan satu video yang memaparkan gelagat Jebat di pagi raya yang bising membebel dengan bahasanya sendiri. Apa yang melucukan, perbualan antara Jebat dan mamanya itu nampak macam interaksi dua hala sedangkan sepatah perkataan pun tidak difahami. Comel cara Jebat menjawab tu !!
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Jebat ini mencur1 perhatian ramai. Antara komen-komen mereka :
” Amboi cakap Kelate Jebat haha.. “
” Baby sayang jebat so clever.. “
” Biso Jebat kecek Kelate.. ” – Catriona Brian Ross
” Bunyi macam siam campur kelate doh kecek tu cutelaaa jebat niiii.. “
” Cakap kelantan dia.. So kiut la semboi ni.. “
” Pandai Jebat kecek kelate.. Tok dapat. Comelnya.. “
” Comellllll, bape puluh kali dok ulang-ulang tengok.. “
Amboi Jebat, mulut dengan muka tu seiring betul. Lucu sungguh gayanya berbual. Bunyinya macam loghat Kelantan bercampur Siam pelat. Buat semua ketawa mendengarnya. Apa pun, semoga Jebat sentiasa sihat dan dilindungi Allah daripada sebarang bahay4.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Noor Nabila
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar


