Artis / Selebriti
” Bila YB masuk je, aku ketawa berdekah. Pecah panggung bila ada BASS.. ” – Komen Netizen

Video YB Syed Saddiq membuat kejutan sebagai cameo Sepahtu Reunion Live 2025 episod akhir menggamatkan suasana. Wah sempat mengayat Bella atas pentas ye YB. Jep punya menyakat sampai blushing Bella dan YB Saddiq. Episod penutup paling best..
Sepahtu Reunion Live 2025 episod akhir telah pun bersiaran semalam di saluran Astro. Sebagaimana yang diwar-warkan, Bella Astillah hadir sebagai pelakon jemputan pada minggu itu. Ramai yang menjangkakan pasangan serasi Bella, YB Syed Saddiq juga akan ada pada episod itu.
Meninjau entry di akaun Tiktok Budak Terengganu dan Instagram Gempak, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan lakonan Jep, Ropie dan Bella pada babak terakhir. Seperti selalu, setiap episod akan ada cameo istimewa dan kali ini semua mendapat kejutan apabila YB Saddiq muncul di pentas.
Sorakan dan bertepuk tangan semua melihat kelibat YB Saddiq. Bella juga tergelak dan hilang sebentar fokus apabila YB muncul. Jep pula ligat akalnya dan ada sahaja idea untuk menyakat Bella dan YB Saddiq. Kelakar dan berdekah semua ketawa ketika Jep menyebut salam pengenalan yang selalu YB Saddiq gunakan dalam ucapannya.
Lakonan YB Saddiq yang bersahaja dan terselit komedinya itu menghiburkan penonton di dewan dan juga di rumah. Sempat lagi YB Saddiq memanggil Bella dengan gelaran ‘ adindaku’ di atas pentas. Bukan biasa-biasa penangan BASS ini, pasangan paling hot dan direstui ramai.
Jom tonton video di bawah :
@teetok817 #bella #bass #sepahtureunionlive #Gv #malaysia #syedsaddiq #bigstagealpha2025 #astroprima #sepahtu #Astroria
@teetok817 #bella #bass #sepahtureunionlive #Gv #malaysia #syedsaddiq #bigstagealpha2025 #astroprima #sepahtu #Astroria
@teetok817 #bella #bass #sepahtureunionlive #Gv #malaysia #syedsaddiq #bigstagealpha2025 #astroprima #sepahtu #Astroria
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sy tak pernah ye tengok Sepahtu Reunion selama ni,,tp malam ni sy tengok kerana BASS.. Bergula ye kami yg tengok ni.. Pecah panggung bila ada BASS.. “
” Terima kasih YB kerana sporting joint Sepahtu bersama Bella… terhibur kami mlmni, terbaik… YB blushing kami pun blushing.. terbaik.. “
” Bila YB masuk je, aku ketawa sampai berpeluh2, dh la kt Perak ni cuaca kan màin panas.. Syed Sastillah.. “
” Wahhhhhh pndai dh jd pelakon.. YB yg 1st dlm malaysia auto brubah karakter scpt nya mode dgn bella vs mode parlimen hahaah menyalaaaa bosskur.. “
” Nampak sangat Bella pun surprise, terkejut beruk member kesayangan tetiba jadi cameo.. episod paling best, dengan kita kita blushing.. “
” Lucu and sweet betul malam ni. dgn kite sekali blushing dan bersorak kat rumah ni hahahahhahaha love la.. Dh agak masa tjuk kasut tu pun hahahahah. Adoi la episod akhir yg tbaikkk dari sepahtureunionlive_official.. “
” Bila Jep ckp blushing, Dgn YB and Bella pun ckp Blushing… kehkehkeh culik skrip Jep, lelaki semua Sama yee, hahaha walaupun dua2 blushing and ada nmpk sikit hilang fokus tapi mrk sgt sporting.. Tahniah Sepahtu kira penutup yg akan dikenang sweet2 momentnya erkkk Bak Kata ‘ Jep ‘ sweet Tu sampai ke sini.. “
” Masuk YB best giler. terer la yb berlakon.. Di mana ada Bella di situ ada YB Saddiq.. blushing blushing dan gelak terus.. “
Kejutan yang special untuk peminat Sepahtu Reunion Live, gandingan YB Saddiq, Bella, Ropie dan Jep memang menggegarkan pentas. Bersorak semua penonton di dewan dengan dialog dan lakonan santai tersebut. YB Saddiq sporting sangat, next time Bella sila hasut YB Saddiq untuk berlakon lagi okey, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, Tiktok
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral4 days ago
” Saya berjaya menghubungi, berbual dan whatsapp dengan tuan punya komen tu.. ” – Mona Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tone suara Abbas sama dengan Bilal. Slang cakap English pun lebih kurang, best dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Betul ke ibu cakap Nyamma tak pandai dan tak comel ? Mohon confirmation untuk isu ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral9 hours ago
” Inilah kata-kata pertama ibu Zara sewaktu melihat wajah anak solehah ini dikeluarkan dari liang lahad. Allahu Akbar.. ” – Marhamah Rosli
-
Viral1 day ago
” Mak, kan ada dua orang yang nda (tidak) puas hati dengan Ara ni. Yang namanya Kak C tu.. ” – Zara Qairina
-
Artis / Selebriti2 days ago
” ‘Saya macam haiwan, hidu hidu pergi ke saluran bau’. Berdekah aku Amayan oii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Adoi lawak lah, Papa dah pandai nak caras Mama. Sikit lagi jari tu nak masuk lubang hidung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago
” Rumah macam dalam video omputih. Shantikkk sangat ni.. ” – Komen Netizen