Artis / Selebriti
” Bila penyanyi nombor satu nyanyi, terus lain jadinya genre lagu. Lawak betul, haha.. ” – Netizen
Video Dato’ Aliff Syukri Interframe Menyanyi Lagu Suasana Hari Raya Bersama Abby Abadi Dan Azza Elite Buat Ramai Terhibur. Amboi Naik Sheikh Terus Dato’ Aliff Bila Dapat Mikrofon. ELok Je Abby Dan Azza Menyanyi, Masuk Je Dato’ Aliff, Terus Jadi Lain Lagu Ni, Haha !!
Meninjau di akaun Instagram milik Media Hiburan, telah dikongsikan video yang memaparkan pelakon dan penyanyi, Abby Abadi serta Azza Elite menyanyi bersama lagu raya bertajuk Suasana Hari Raya di sebuah majlis yang dihadiri oleh mereka.
Difahamkan Abby dan Azza berada di Majlis Memori Aidilfitri yang diadakan oleh ahli perniagaan kosmetik terkenal, Dato’ Aliff Syukri dan isterinya, Datin Shahida. Namun telatah Dato’ Aliff yang turut menyanyi bersama lagu raya itu membuatkan ramai yang terhibur.
Ketika Abby sedang menyanyi, Abby memberikan mikrofon kepada Dato’ Aliff yang berada di sebelahnya. Setelah dapat memegang mikrofon, Dato’ Aliff tidak sabar mahu menyanyi dan sempat Abby membuat isyarat tangan agar bersabar dahulu.

Saat Dato’ Aliff menyanyi, kedengaran suara Azza mengatakan yang Dato’ Aliff merupakan penyanyi nombor satu Malaysia. Selain itu, ramai warganet meninggalkan komen mengatakan mereka terhibur mendengar nyanyian Dato’ Aliff ini.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata menyukai perkongsian video ini. Antara komen tersebut adalah :
” Bila penyanyi nombor satu nyanyi, terus lain jadinya genre lagu. Lawak betul, haha.. Dato’ kena ingat pesanan mak Dato.. “
” Dengar ja Dato nyanyi terus ssya rasa raya dah habis, hahaha.. Tak pe lah Dato, meniaga jelah.. Tak payah susah2 nak jadi penyanyi.. “
” Nasib dia nyanyi lagu raya, tak nyanyi lagu dia.. Kalau tak, emmmmmmm no komen.. Sedap suara Abby dan Azza.. “
” Bagi chance lah kt dia menyanyi.. Majlis dia, haha.. Suara dia memang mcm tu ka, atau dia saja2 ja buat.. Just tnya.. “
” Pengacara ni.. Aliff Sukri sibuk nyanyi, dia pun sibuk buat ulasan.. Macm tengok bola, hahaha bagi lah dia menyanyi dlu.. “
” Memang penyanyi No 1 Malaysia.. Tiada tandingan, hahaa.. Darda sampai ke sudah tak dengan Dato, hahaha.. Kaki menyakat sangat.. “
” Awat garang sangat suara menyanyi tu, terkejot dengar tau.. Tapi pernah jumpa depan2 Dato’ Aliff ni, orangnya memang handsome, herlokkk.. “
Dato’ Aliff memang menghiburkan semua yang datang dan warganet yang menonton video ini. Seperti biasa, ini hanyalah hiburan semata-mata. Dato’ Aliff hanya suka-suka menyanyi dan ingin memeriahkan lagi suasana majlis. Yang penting, tetamu pun happy.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mediahiburan, Facebook MEDIA HIBURAN
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah



