Artis / Selebriti
” Bila peminat bertukar menjadi Isteri. Nampak happy Lisa menyokong kerjaya suami.. ” – Komen Netizen
Muatnaik video penghargaan kepada isterinya Datin Lisa Surihani, perkongsian video Datuk Yusry Abdul Halim raih perhatian ramai. Wah jarang Yusry nak post sweet-sweet macam ni..
Rumahtangga salah seorang ahli kumpulan KRU, Datuk Yusry Abdul Halim dan Datin Lisa Surihani antara yang dikagumi oleh ramai warganet. Bahagia dan bersih daripada sebarang kontroversi, Yusry dan Lisa juga sangat bersederhana orangnya dan tidak sombong.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Yusry Abd Halim, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Lisa menemani Yusry ke set MeleTOP. Yusry dan ahli kumpulan KRU yang lain menjadi tetamu jemputan MeleTOP dalam rangka mempromosikan single terbaru mereka.
Lisa digambarkan oleh warganet sebagai seorang isteri yang baik tutur kata, lemah lembut bicaranya dan isteri yang solehah. Lisa bukan hanya sekadar menemani Yusry tetapi Lisa melengkapi segala yang Yusry perlukan pada ketika itu. Dia lah personal assistant, dia juga lah makeup artis.

Kemesraan yang terlihat antara Yusry dan Lisa ini disukai oleh warganet. Kebahagiaan mereka itu turut dirasai oleh semua peminat Yusry dan Lisa khususnya. Pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Comel sahaja gelagat Lisa dan Yusry dalam video ini.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 70 ribu tontonan daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sapa tengok video ni sambil nyanyi sekali pastu senyum sorang2 sbb tgk Lisa.. Ala sweetnya, lipatlah bumi ni pakai berdua haha.. “
” Suka tgk couple ni. lisa pun pakai mcm kita kita je, bawal pin bawah, kemeja besar.. aww so sweet.. “
” Bila peminat bertukar menjadi Isteri.. nampak happy lisa menyokong kerjaya suami. Moga bahagia dunia akhirat.. “
” Teringat Lisa jadi backup dancer konsert KRU dulu. Cool sangat.. Semoga bahagia selamanya. Aamiin.. “
” Senyum-senyum sendiri jer tengok ni.. rasa mcm sis lisa surihani kembali ke zaman dulu yg dia mmg minat yusry KRU… hehe.. “
” Sakittt aduhh sakittt.. Byk nya semut.. habis kitorg semua kena gigit lisasurihani yusryabdhalim.. loving couple.. “
” Sweet btull abg yusry ng lisa.. Wifey perfome as PA terbaekkkk.. Couple yg comel.. best partner ever.. “
Umum mengetahui kisah Lisa dan Yusry sebelum mereka berkahwin. Dari seorang peminat menjadi seorang isteri, kisah cinta Lisa dan Yusry yang akan selalu diingati peminat. Apa-apa pun, semoga Lisa dan Yusry bahagia selalu melayari bahtera rumahtangga mereka dan berkekalan hingga syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Yusryabdhalim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Macam ni lah jawapan lelaki gentleman, baru la anak jantan. YB sangat melindungi Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sempat dia selit nyanyi time pakai lipstik tu, kelakar lah baby ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Vibes Uwais ni sangat lah exlusive dan mahal.. ” – Komen Netizen


