Artis / Selebriti
” Bila masa Fatin Afeefa ni mengandung, tahu-tahu dah ada baby. Comel betul anaknya.. ” – Komen Netizen

Video Fatin Afeefa Dan Suaminya Opai Akhirnya Mendedahkan Wajah Anak Mereka Untuk Tontonan Umum. Wah Dah 7 Bulan Anak, Pandai Betul Fatin Dan Opai Sorok. Comel Sungguh, Secomel Namanya !!
Umum mengetahui yang pelakon Fatin Afeefa telah mendirikan rumahtangga bersama usahawan, Aliff Awang atau dikenali sebagai Opai. Pasangan ini sah disatukan sebagai suami isteri sekitar pada bulan Disember 2022. Sebelum ini, ada ura-ura mengatakan Fatin sudah pun dikurniakan zuriat menerusi perkahwinannya bersama Opai.
Namun tiada sebarang pengesahan daripada Fatin sendiri apabila ditanyakan oleh pihak wartawan. Meninjau akaun Instagram Melodi dan Xtra, telah dikongsikan satu video yang memaparkan wajah anak Opai dan Fatin yang sudah pun berusia 7 bulan. Benar lah gosip yang berterbangan dan pada hari ini wajah anak ini didedahkan.
Memilih nama Muhammad Jibril untuk permata hati mereka, wajah comel Jibril meraih perhatian dan pujian ramai. Jibril memiliki kulit wajah yang cerah dan bambam tubuh badannya. Pandai sungguh Opai dan Fatin merahsiakan tentang anak mereka ini. Tahu-tahu sahaja sudah besar Jibril.
Wajah Jibril juga eksklusif dipaparkan sempena majlis aqiqah Jibril dan juga pelancaran produk keluaran Opai hari ini. Untuk rekod, Fatin sudah pun dikurniakan dengan 2 orang cahayamata menerusi 2 perkahwinan terdahulunya iaitu Ivy Herra Sophia dan Adam Aisy Arrian.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Si fatin tu, sejak pakai tudung lawa sangat sangat. Fatin ni free hair dia cantik ,dh bertudung lagi lah cantik.. “
” Ya Allah handsome nya anak dia.. picture blur pun dah tahu comel.. ni dah tengok real ni lagi comel.. “
” Masha Allah tabarakallah.. alhamdulillah opai bgtau hrini Hari aqiqah ank dia, dia nk reveal muka ank. Ank dia dh besar. Dh tak sanggup nk sorok.. “
” Comelnya, kecil lagi dah nampak handsome.. Cute sama macam abangnya.. Lawanya Fatin sejak bertudung ni.. “
” Masya Allah comelnya anak dorang berdua ni.. cute betul.. baru tahu ada baby, Alhamdulillah tiba masa dorang umumkan.. “
” Masa bila Fatin Afeeda ni mengandung, tahu-tahu dah ada baby.. comel betul anaknya, Fatin pun makin lawa.. “
” Comelnyaaa.. mmg follow fatin.. sweet sgt.. semoga dgn kehadiran anaknya yg comel menyerikan lagi kehidupan.. “
Diam-diam sudah ada ahli baru dalam keluarga Fatin dan Opai. Ramai yang geram melihat wajah comel Jibril. Semoga Muhammad Jibril terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa dan berjaya dunia serta akhirat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Melodi, IG Fatin Afeefa, IG Opai, IG Xtra
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral5 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti8 hours ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Umairah menangis di tepi pentas.. ” – Siti Nur Sairah Tarudin