Artis / Selebriti
” Bila lagi nak tengok perangai mak-mak dia keluar. Nasib tak bawa rotan, haha.. ” – Komen Netizen
Video Siti Nordiana Memarahi Tomok Raih Perhatian Ramai. Haa Cuak Tomok Bila Dengar Nana Membebel. Dah Macam Mak Marah Anak. Geram Betul Nana, Terus Keluar Perangai Mak-Mak Dia, Haha !!
Siti Nordiana dan Tomok telah pun keluar dengan lagu duet terbaru mereka berjudul Memori Mungkin Berulang. Sebagai langkah promosi, Nana dan Tomok telah pun mengunjungi stesen radio Era untuk mempromosikan lagu dan bercerita tentang lagu mereka ini.
Meninjau akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan satu peristiwa mencuit hati yang terjadi antara Nana dan Tomok sebelum mereka bersiaran di konti Era. Menerusi video ini, dapat dilihat pada awal video Nana berjalan menuju ke studio Sinar FM yang hanya bersebelahan dengan Era.
Rupanya Tomok mengambil peluang untuk bermain game bersama team Sinar. Mengucap panjang Nana melihat telatah Tomok itu ketika memasuki studio Sinar. Bukan selalu dapat melihat Nana membebel dan kali ini, Tomok terpaksa menadah telinga mendengar bebelan Nana.
Seronok sungguh Tomok bermain sehinggakan Nana perlu memanggilnya. Kata Nana, mereka datang ke situ untuk bekerja dan bukannya untuk bermain game. Tergelak semua yang berada di situ mendengar Nana memarahi Tomok. Sudah seperti Nana memarahi anaknya, Rayyan pula.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Boys will always be boys.. tak Kira lah umur berapa.. kena dah kena Bebel mak-mak haha.. Bila lagi nak tengok perangai mak-mak dia keluar haha.. ”
” Comel je Nana macam mak marah anak haha.. Rayyan haa mcm tu la kalau ayan kena marah dgn mama haha terbayang muka rayyan.. ”
” Padan muka Tomok, kan kena marah dengan mak-mak. Baru hari first promo macam-macam drama ahahaaha.. ”
” Macam mader bebel dekat Rayyan haha. when mader become mother, kita pun tak leh tahan tergelak tengok nana marah tomok.. ”
” Nak kerja ke nak main game haha. perangai ekk.. comel je nana marah.. mak mak sangat ye mader.. ”
” Sangat mader-mader Siti Nordiana ya. Comel muka Tomok tu konon-konon terkejut eh haha.. Cuak tomok nampak nana start bebel.. ”
” Haha Tomok kena marah dengan Mader.. Nasib tak bawak rotan haha.. The real mak mak haha.. mesti nana dah tunggu lama sangat tu yang geram sangat tu haha.. ”
Terhibur warganet melihat gaya Nana memarahi Tomok itu. Bila rakan duet bertukar menjadi mak-mak, itu lah jadinya. Siapa suruh Tomok leka bermain games, sekali Nana membebel panjang baru bingit telinga. Apa-apa pun, semoga lagu duet baru Nana dan Tomok ini akan hits dan menjadi siulan ramai.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Talita dah besar tone suara macam ibu. Suara serak serak macam tu, sebijik tau gaya Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Clean la, suara tak goyang, nafas pun clean. Power betul suara Hafiz, suara telan kaset.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza