Connect with us

Artis / Selebriti

” Bila Fattah cakap dia pilih Amira, aku pulak yang terjerit suka, haha.. ” – Komen Netizen

Video Fattah Amin bermain game untuk memilih salah seorang selebriti wanita antara 2 pilihan buat ramai terhibur. Awal-awal tu direct je Fattah pilih Sophia Albarakbah banyak kali. Past last tu buat ramai yang teruja. Amboi, laju je Bamtah jawab yer, Sophia pun kalah, hehe..

Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai hubungan pelakon Fattah Amin bersama penyanyi, Amira Othman gara-gara mereka bekerjasama dalam video muzik single terbaru Amira berjudul Bila Nak Kahwin. Ramai yang beranggapan yang pasangan ini mempunyai hubungan ‘istimewa’ .

Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik angah9503, telah dikongsikan video Fattah bermain game dengan wartawan. Fattah diminta untuk memilih selebriti yang disukainya. Antara selebriti yang perlu dipilih oleh Fattah adalah, Sophia Albarakbah, Qasrina Karim, Khadijah Halim, Anna Jobling, Cik Epal dan lain-lain lagi.

Pada awalnya, Fattah beberapa kali tetap milih Sophia Albarakbah kerana menurut Fattah sida sedang bekerjasama dengan Sophia dalam sebuah drama. Namun pada akhir sekali, wartawan meminta Fattah memilih sama ada Sophia atau Amira Othman.

Sambil tersenyum, Fattah berkata soalan yang diajukan oleh wartawan itu adalah mahu menyakatnya. Dengan pantas, Fattah berkata lagi, semestinya Amira adalah pilihannya. Perkongsian video tersebut telah mendapat ratusan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.

Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :

@angah.9503

Manis-manis untuk harini🤭🤭🤭 #AMiracleforFattah #FAmiracle #doayangbaikbaik🤲💕 #FattahXAmira

♬ original sound – Angah 9503 – Angah 9503

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Bila Fattah cakap dia pilih Amira, aku pulak yang terjerit suka, haha.. Lagi-lagi ayat last Fattah tu, of couse lah Miraa ” ok pahammm, hehe.. “

” Masa jawab Sofea tu agak berkerut ya dahi Fattah.. Bila sebut amira auto senyumm.. Huaaa sweeettt sangat.. Cepatla kawen.. “

” Ada of course tu mcm yakin sgt tu Sophia tu siap explain sebab kerja, hahaa.. Kami semua mendoakan semoga Fattah dan Amira bersatu.. “

” Cara Fatah jawab sgt berkemah….Ffcoz Mira….Yeyyy  Lelaki yg tgok pun blushing kan… Baik ngaku cepat, hehehe.. Suka betul aku tengok video ni.. “

” Arghhhh bapaklah hai aku senyum then jeritt sukaaa ahhhahahahh.. Weh harap sangat tau Fattah ada jodoh dengan Amira.. ‘

” Jawapan last tu tersangat lah nampak jujur.. Rasanya Fattah sekarang hati tengah berbunga2 lah.. Moga2 berjodohan lah korang.. “

” Of course tu kita lock… Allah, Kau jodohkan Fatah Amin bersama Amira Othman. Kekalkan mereka sebagai pasangan suami isteri sehimgga ke Syurga.. “

Wah ramai sungguh yang suka dengan jawapan yang diberikan oleh Fattah. Ada juga yang mendoakan agar Fattah dan Amira berjodohan. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan yang baik-baik buat Fattah serta Amira. Kalau sudah jodoh, pasti tidak akan ke mana.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok angah9503, IG fattahaminz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT