Artis / Selebriti
” Bibik tudung pun pergi. Rezeki kerja dengan ikhlas.. “
Datin Shahida Bawa Bibik Pergi Menunaikan Umrah Bersama Anak-Anaknya. Wahhh.. Untungnya Dapat Majikan Macam Datin, Semoga Dapat Umrah Yang Mabrur !!
Datin Nur Shahida berangkat lagi ke tanah suci pada hari ini. Kali terakhir beliau pergi ke kota suci Makkah pada tahun 2019 untuk menunaikan haji. Pada ketika itu beliau sedang mengandungkan anak bongsunya, Raudah Arshiyah.
Kali ini beliau pergi menunaikan umrah bersama anak-anak dan turut membawa anak bongsunya itu. Datin juga membawa pembantu rumahnya bersama bagi memudahkan segala urusannya di sana. Tindakan datin ini mendapat pujian ramai.
Murah sungguh rezeki Datin kerana berkongsi rezeki dengan membawa pembantu rumahnya itu. Sangat sukar untuk menjumpai majikan seperti ini. Walau bagaimanapun, suami Datin Shahida iaitu Dato’ Aliff Syukri tidak turut serta.

Menerusi akaun Instagram, Datin Shahida berkongsi gambarnya sebelum berlepas ke tanah suci. Datin Shahida turut memohon maaf atas segala kesilapannya. Selain anak-anak dan juga pembantu rumah, Datin Shahida turut membawa nenek Dato’ Aliff Syukri bersama.

Rata-rata netizen memuji sikap Datin yang turut membawa orang gajinya bersama menunaikan umrah. Antara komen-komen mereka :
” Alhamdulillah.. rezki bibik dpt ikut.. “
” Take care datin.. moga selmt pg dan plg yaa.. “
” Ikut juga utk bantu datin. Untung betul kan. Hehehe. Byk pahala datin.. “
” Moga semua baik2… Datin.. “
” Selamat menunaikan umrah Datin safe flight.. “
” Bibik tudung pn pergi. rezeki kerje dgn ikhlas ! Semoga dipermudahkn segala dn umrah mabrur.. “

Mulia sungguh hati Datin turut membawa bibik menunaikan umrah. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat mengerjakan ibadah umrah kepada Datin Shahida. Semoga mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan semasa berada di sana.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Datin Shahida by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti1 day ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adoi Syafiq Kyle, tersedak aku makan dengar dia karok. Terkejut dengar, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kak Lina salah makan ubat gegat ke tadi ni. Risau tercabut kepala tu kang Kak Lina, haha.. ” – Komen Netizen

