Artis / Selebriti
” Betul ke ibu cakap Nyamma tak pandai dan tak comel ? Mohon confirmation untuk isu ni.. ” – Komen Netizen

Jawapan adik kepada Fattah Amin, Raihan Amin ketika ditanya mengenai percakapan anak Fattah, Nur Fatima Aisya yang tular di media sosial tentang Nendanya. Jelas dan telus jawapan Raihan..
Semalam tular di media sosial perbualan antara Fazura dan anaknya, Nur Fatima Aisya. Fatima yang berada di dalam kereta mengadu kepada Fazura mengenai kata-kata Nendanya (ibu Fattah). Fatima tidak pandai dan Fatima tidak comel, itu antara kata-kata yang disampaikan oleh Fatima.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Ramai yang mengecam ibu Fattah kerana mengeluarkan kata-kata sebegitu kepada cucu sendiri. Ada juga yang berhusnuzon dan menganggap itu hanya lah gurauan antara seorang nenek dan cucunya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram adik Fattah iaitu Raihan Aminz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Raihan bersama beberapa orang rakannya. Raihan mempromosikan produk keluaran keluarganya iaitu handsocks. Kesempatan itu diambil oleh warganet untuk bertanyakan kepada Raihan tentang kata-kata Fatima.
Tidak melenting dan menjawab komen warganet dengan baik, Raihan menjelaskan kebenaran mengenai cerita itu. Menurut Raihan, ibunya sangat menyayangi semua cucu-cucunya. Selain itu ibu Azizah juga sering memuji Fatima pandai berbahasa Inggeris. Lihat respon Raihan di bahagian komen di bawah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 300 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Budak2 nie kadang2 diorang tak tahu pun apa yg diorang cakap…. semua orang sayang Fatima Aisyaa.. Jelas… dah jgn bergaduh sesama sendiri.. “
” Allahu kesian kat ibu. Semoga Allah merahmati dan beri kekuatan utk ibu raihan menempuh ujian dan dugaan.. Maybe nenda dia bergurau, cuma budak-budak kan lurus so dia akan nampak or rasa apa dia dengar time tu.. “
” Kdg2 dia gurau fatimah tnya dia comel tak nenek pn nk bt gaduh ” takkkk nyamma tk comel nenek je comel nyamma x wekk wekk ” …. nenek ” nyamma cuba bt ni.. eii salah emhh nyamma tak pandaiii meh nenek ajar”…. haa gitu laaa lbih kurang.. “
” Ya.. kdg² bdk² suka amik kata² separuh² … Mgkin ada situasinya gini..”ms tu yamma ada buat muka x comey… nenda pun bagitaulah kata cucu..”yamma jgn buat muka camtu.. nanti yamma x comey” biasalah nenek dgn cucu.. “
” Kadang2 org tua2 suka gurau2… contoh : bila cucu dah mandi wangi2-nenek kata busyuk la.. itu gurau2.. bukan betul betul.. “
” Iya .. kita tak tau pa yg sbnrnya yg berlaku ,entah bergurau .. jgnlah cepat melatah.. nenek2 kita dulu pun selalu je mengusik cucu macam tu, lebih-lebih buat pe benda remeh je ni.. hanya sekadar gurauan nenek dengan cucu.. “
” Masa kecik arwah nenek Sy suka ckp Sy X Lawa sbb hidung Sy tinggi.. Sy ingat dia btl2 ckp.. rupanya Sy dpt tau dia Saja sakat Sy sbb suka nk tgk Sy muncung itik.. rindu arwah nenek Sy.. Al-fatihah.. “
Komen Raihan apabila ditanyakan mengenai isu Fatima kelmarin :
Terjawab sudah teka-teki warganet tentang percakapan Nenda Fatima itu. Semoga tidak ada lagi yang berfikiran negatif dan menjadi batu api untuk melaga-lagakan antara pihak Fazura dan Fattah. Semoga Fatima gembira selalu bersama keluarga kedua-dua belah pihak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Raihanaminz , IG Fattahaminz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral3 days ago
” Saya berjaya menghubungi, berbual dan whatsapp dengan tuan punya komen tu.. ” – Mona Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Tone suara Abbas sama dengan Bilal. Slang cakap English pun lebih kurang, best dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cinta tak semestinya memiliki, dah ada contoh hebat. Besar hati kak Erma ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Makeup simple, tak berinai, baju loose tak ikut shape, serius love sangat. Simple but pretty.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” ‘Saya macam haiwan, hidu hidu pergi ke saluran bau’. Berdekah aku Amayan oii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adoi lawak lah, Papa dah pandai nak caras Mama. Sikit lagi jari tu nak masuk lubang hidung.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Yang last tu berdekah aku. Lawak parodi ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wow YB, direct sangat ni. Secara terang-terangan depan Mama dan Abuya lagi, confirm lah ni.. “- Komen Netizen