Artis / Selebriti
” Betul dia anak semoleh yang selalu ibu perkatakan dulu.. ” – Komen Netizen

Video anak lelaki Shuib Sepahtu, Ariq Matin membaca surah Al-Waqiah sebelum diberikan duit raya buat ramai kagum. Bagusnya Matin, bacaan yang lancar..
Lain daripada yang lain, suasana di pagi raya Shuib Sepahtu sekeluarga meraih pujian daripada ramai warganet. Tahun ini, Shuib dan Watie beraya di Perak bersama-sama anak-anak mereka. Seperti keluarga lain, tradisi bersalaman dan memberikan duit raya juga diamalkan oleh Shuib.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan moment ketika anak ketiganya, Ariq Matin bersalaman dengan Shuib. Sebagai syarat untuk mendapatkan duit raya, Matin perlu membacakan surah Al-Waqiah.
Matin membacakan dengan cukup yakin. Bacaannya juga jelas dan berirama yang sedap didengar. Shuib pada awalnya tersenyum akhirnya kelihatan sebak dengan pencapaian anaknya itu. Surah Al-Waqiah antara surah amalan yang diterapkan oleh arwah Siti Sarah untuk dibaca setiap hari.
Baru usia begini, Matin sudah membuatkan Shuib bangga. Apa yang disemai itu lah hasil yang Shuib terima. Matin berjaya berpuasa penuh pada tahun ini dan sudah menghafal surah tersebut. Gembira Matin berjaya lulus dan menerima habuan duit raya daripada daddynya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 19 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bagusnya dia. terbaik lah Mateen.. tersenyum ibu dekat sana.. anak soleh Matin, macam yang selalu ibu cakap.. “
” Hebat Matin, nyanyi pun dia.. Lawak pun dia. Allahuakbar bagus nya diorang mengajar anak tersenyum arwah siti Sarah di syurga meninggal kan anak soleh solehah.. “
” Betul dia anak semoleh yg selalu ibu perkata kan dulu .. Waqiah ada 96 ayat… acik hafal setakat 10 ayat je matin oih… malu acik.. thorbaik matin… Tabarakallah… tahniah shuib.. “
” Arwah ibu ngn daddy dia setiap pagi bukak surah Al Waqiah … anak2 nya pon jadi hebat.. .tebaekkk ib.. Pandai shuib, proud daddy ,matin so good.. “
” Allah, merdu suara Matin ni.. anak yang hebat.. terangnya hati anak arwah Siti Sarah ni.. sejuk hati dengar.. “
” Anak semoleh ibu.. Arwah ibunya selalu ckp martin nie ank yg hbt satu hari nnti.. Bagusnya didikan Shuib.. arwah ibu n mummy watie.. “
” Dik makcik yg dh tua ne x hafal2.. Alhamdulilah ariq matiin… bagus nya didikan ayah dan ibu… senyum arwah ibu kamu wahai ank.. “
Bagusnya Matin, ramai yang kagum dengan bacaan dan hafazan Matin itu. Matin memang anak semoleh ibu yang akan selalu mengalirkan pahala yang berterusan untuk ibu di sana. Semoga Matin terus istiqamah dan menjadi anak yang soleh selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral2 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen