Connect with us

Artis / Selebriti

” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah

Video respon Bella Astillah ketika mendapat tahu anak keduanya, Ara Adreanna tidak mengaku sebagai orang Sabah buat ramai terhibur. Bila Mummy membebel, terus auto keluar loghat Sabah. Habis lah Ara, berasap telinga nanti kena marah dengan Mummy, haha.. 

Semalam tular video live anak kedua Bella Astillah, Ara Adreanna mengatakan dia bukan orang Sabah dan dirinya orang putih. Live Ara bersama ibu saudaranya, Didi Astillah itu mencuit hati warganet dan ramai yang suka mendengar celoteh Ara yang fasih berbahasa Inggeris. Boleh lihat di sini.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Detec CCTV Of Bass, telah dikongsikan satu video yang memaparkan respon Bella ketika mengetahui mengenai gelagat Ara itu. Bella membebel panjang kerana katanya Ara tiada langsung darah orang putih dan mereka keturunan Sabah.

Tambah Bella lagi, Ara tidak mengetahui yang mommynya ini sejak usia 7 tahun lagi sudah menetap di Kuala Lumpur, namun slang Sabah itu masih dikekalkan sehingga ke hari ini. Kata Bella, dia adalah pejuang Sabah dan semangat negari Sabah itu masih menebal dalam dirinya.

Bella juga mengatakan dia akan mengajak Ara untuk live bersama dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Sabah. Ayat Bella itu menggeletek hati warganet, anak kedua memang cheeky perangainya. Mummy Ara pun boleh tahan kelakar, terhibur warganet menonton live Bella.

Jom tonton video di bawah :

@detec_cctv_of_bass

hahaha ARA dah jadi urang putih🤣😂😂🤭🤭#beranikeranabenar💪 #foryoupage #syedsaddiq #bellaastilah #foryoupage❤️❤️ #fenomenabass @Bella Astillah

♬ bunyi asal – FeNoMeNa_’BA’SS’🕵️🙈 – FeNoMeNa_’BA’SS’🕵️🙈

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Hahaha bertukar-tukar ara.. kejap sabah.. kejap omputih pasni orang muar pulak.. ehhhh haha.. habislah Ara, kena hujah nanti dengan mummy.. “

” Bella kalau marah auto cakap Sabah haha.. kelakar la Bella ni.. siap nak buat press confrens lagi.. tiada darah orang putih pun, hahah adui lagi nak tergelak dengar ayat Bella ni.. “

” Aku suka bila dengar Ara celoteh, si Ara bijak sangat.. betullah si Ara tu cakap, dia bukan lahir di Sabah hehe.. “

” Bebel terus mommynya Ara, kulit dia putih ,mak dia kulit putih, so mmg dia anak org putih.. go Ara go .. Ara memang putih.. “

” Tunggu Uncle Syed jadi papa, pas n Ara tukar jadi orang Muar sudah… Ara n ramdom sbb ank ke-2.. Ayden straight&cute cam YBSS.. “

” Geram si mommy Ara bila si Ara lupa kampung halaman haha.. habisla Ara, mommy sudah marah bah.. Esok2 Ara declare dia orang muar.. “

” Ara lupa diri daa, haha.. lucu dengar Bella bebel camni.. mommy tu pejuang Sabah tau Ara.. habis lah Ara, panas telinga lah mommy suruh buat permohonan maaf terbuka tu, hehe.. “

Apabila mommy Bella sudah berbunyi, keluar terus bahasa Sabahnya. Selepas ini boleh lah warganet menonton live Bella bersama Ara pula bercakap dalam bahasa Sabah. Apa-apa pun, ini hanya lah gurauan Bella dan sekadar hiburan semata-mata. Semoga pembaca juga terhibur dengan perkongsian ini.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Fenomena BASS

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Blink2
Bostanten Handbag

Trending

Copyright © Berita Kopak