Artis / Selebriti
” Bestnya dapat mak mertua sporting macam ni.. ” – Komen Netizen
Video Sheila Rusly menari ketika majlis resepsi anak bongsunya, Luth Mikhail dan Beatrice Chitra raih perhatian ramai. Wah sporting betul mak mertua ajak menantu menari. Tetamu yang hadir pun sama-sama sporting join menari bersama..
Semalam telah pun berlangsungnya majlis pernikahan dan resepsi anak kepada Sheila Rusly dan Jinggo iaitu Luth Mikhail bersama pilihan hatinya, Beatrice Chitra. Majlis tersebut dilangsungkan di Geo Resort and Hotel, Genting Highlands.
Meninjau ke satu akaun Tiktok bernama Sheilarusly2, perkongsian sebuah video yang memaparkan kemeriahan majlis persandingan yang berlangsung semalam. Apa yang mencuri perhatian ramai apabila melihat sikap sporting Sheila terhadap menantunya.
Sheila menarik tangan Beatrice untuk sama-sama menari. Sheila memulakan langkah tarian dan nampak sangat lincah sekali. Namun begitu, Beatrice dilihat agak malu-malu dan segan untuk menari bersama. Menambahkan kemeriahan apabila para tetamu juga turut serta.

Perkongsian video ini telah meenrima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Antara tetamu yang turut sama-sama menari bersama ialah Johan Raja Lawak, Ozlynn dan juga Aida Jebat. Pengantin lelaki juga turut sama-sama memeriahkan suasana.
Jom tonton video di bawah :
@sheila.rusly2 Bila menantu kau masih malu-malu be like😂😍 Nasib ada backup dancer😑 #sheilarusly #sheilarusly #kakkm #fyp #fypシ #fashasandha #foryou #foryoupage #esekeli #elishasandha #johanozlynn #mariatengkusabri #fypシ゚viral #jozlynhanania
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Hampir lupa johan , ozlyn n ayda jebat anak angkat shiela rusly.. Lawanya ozlyn, bila pakai tudung.. Johan tak penah tak lawak. Masuk ayo betul! Kene pulak dgn lagu tu.. “
” Hyper betoi adya jebat blkng tu ye. bestnye dpt mak mertua sporting camni . semoga aku akan dpt mak mertua camni satu hari nnti ..Amin.. “
” Hamboiii.. yg baju purple blkg tu, buat sis terhibur hahaha.. Bagus Johan dia xnak Sheila segan sorang2 dia mai dtg backup.. “
” Tahniah semoga pasangan mempelai bahagia jodoh berkekalan hingga hujung nyawa Aamiin2 yra..
” Ozlyn dah pakai tudung alhamdulillah..cantik sgt.. siapakah yg berbaju purple kat blakang tuuuuu. Yg jerit kuat tu mesti kak km.. “
” Rindu ketuk ii ramadhan masa tu sy tak dk phone lg . Setiap hari d bulan puasa wajib tngk . Wlau pun bdk lg time tu .. “
” Kawen dh mika..dlu zmn sklh slalu kne buli tok sidang… tahniah Puan Sheila….thn 2025 dpt menantu dpt cucu… rezeki Allah… “
Ramai yang memuji sikap Sheila yang sangat sporting. Ramai wanita yang gemar dengan sikap ibu mertua sebegini yang melayan menantu seperti anaknya sendiri. Semoga bahtera perkahwinan Luth Mikhail dan Beatrice berkekalan sehingga akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sheilarusly2
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen

