Artis / Selebriti
” Bertuahnya seorang budak bernama Amir, menjadi insan terpilih.. ” – Netizen
Video Umrah Adik Amir Sisi Di Tanah Suci Mekah Raih Tumpuan Ramai. Bertuah Sungguh Adik Amir, Kecik-Kecik Dapat Rezeki Dapat Menjejaki Tanah Suci !!
Menerusi satu akaun TikTok, perkongsian sebuah video yang memaparkan perjalanan umrah adik Amir Sisi bersama ibu serta abangnya telah meraih perhatian ramai. Adik Amir dan keluarganya telah ditaja oleh Andalusia menunaikan umrah di tanah suci Mekah.
Kejayaan adik Amir dalam program realiti The Chosen One di saluran Astro Ceria telah memberi tuah kepada adik Amir. Kehidupan adik Amir telah berubah 360 darjah dan dirinya juga semakin dikenali ramai. Jika dahulu adik Amir hanyalah seorang pelajar, kini sudah bergelar artis.
Video yang berdurasi hampir 2 minit ini menunjukkan adik Amir memakai ihram dan ada sahaja yang melayan adik Amir di sepanjang perjalanannya. Adik Amir juga kelihatan seronok ketika menunaikan umrah kerana tidak lekang dengan senyuman.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 4 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Semoga rezeki adik Amir semakin bertambah untuk tahun hadapan pula.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu sebentar jika video lambat keluar.. )
@umrahandalusiadotcom “ALHAMDULILAH ADIK AMIR MENYAHUT SERUAN ALLAH 🕋🥹” Adik amir serta keluarga dan bersama sama group yang dibimbing oleh Ustaz Ilham Amri untuk menunaikan ibadah umrah berjalan dengan lancar . Terima kepada yang mendoakan Adik Amir dan keluarganya . Insyallah sepanjang perjalanan Adik Amir disini kita akan kongsikan kegembiraannya .😍 Jangan lupa like & kongsi untuk lebih banyak lagi tips dan info berkaitan haji dan umrah ! #umrahandalusia2023 #umrah2023 #umrahandalusia #andalusiatravel #elakkanscamumrahhaji
Di ruangan komen, ramai yang memanjat rasa syukur apabila melihat adik Amir berada di sana. Antara komen-komen yang diberikan :
” Alhamdulillah syukur rezeki adk amir..family adk amir & cikgu umar brsama Andalusia Travel.. smoga di permudahkan sgala urusan smua di sana.. aminn2.. “
” Alhamdulillah, semoga adik amir d keluarga serta cikgu mendapat umrah yg mabrur.. rezeki drp Allah siapa sangka beruntung nya adik Amir@unuk, celun & maknya dpt tunaikan umrah.. “
” Alhamdulillah … semoga Amir dan rombongan Andulusia sempurna melaksanakan Umrah dengan mendapat rahmat dariNya.. “
” Alhamdulillah.. semuga dipermudahkan segala urusan ibadahnya disana.. buat lah umrah bersungguh-sungguh …. seolah olah ni lah kita dapat pergi yg awal dan yg akhir ….rindu nya.. “
” Alhamdulillah moga Allah permudahkan segala urusan Ibadah Umrah Amir dan keluarga serta cikgu dan yang lain juga Aamiin Ya Allah.. “
” Assalamualaikum syukur alhamdulillah semoga dpt menunaikan umrah dgn sbaik²nya. bertuah nya seorang budak bernama amir… menjadi insan terpilih.. “
” Alhamdulillah semoga Allah permudahkan segala urusan dan diberi kesihatan yang baik Aaminn Ya Robbalalamin.. “
Seronok melihat adik Amir dapat menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. Kami di Berita Kopak mendoakan agar segala urusan adik Amir, ibu serta abangnya dipermudahkan ketika menunaikan umrah dan mendapat umrah yang mabrur. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok UmrahAndalusiaDotCom
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain



