Artis / Selebriti
” Berkerut-kerut dahi dengar Dadda cakap, last-last senyum.. ” – Netizen
Video Reaksi Bunga Elhaq Ketika Daddanya, Jinggo Bercakap Dengannya Buat Warganet Terhibur. Alahai Comelnya, Pandai Bunga Bagi Respon. Macam Faham Je Apa Yang Dadda Cakap Tu Yer Bunga !!
Beberapa hari sahaja lagi, anak Elisya Sandha bernama Bunga Elhaq ini bakal berusia 4 bulan. Semenjak adanya Bunga, kegembiraan semakin menyelubungi keluarga Shiela Rusly dan Jinggo. Sayangnya pasangan ini pada cucu sulung mereka memang jelas kelihatan.
Baik Jinggo mahupun Sheila memang rajin melayani dan mengasuh Bunga. Ke mana sahaja selalunya Bunga akan dibawa bersama-sama. Pada perkongsian terdahulu, Jinggo ada berkongsikan gelagat Bunga ketika dibawa ke supermarket untuk membeli barangan dapur.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Jinggo, telah dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan Jinggo berbual bersama Bunga. Bunga yang duduk di dalam stroller tidak berkelip mata melihat Daddanya ini.

Kata Jinggo di kapsyennya, Bunga ini dibawa jogging pun tidur. Teman Dadda exercise pun Bunga tidur. Pendek kata, asal dibawa berjalan sahaja pasti Bunga akan tidur. Hai lah Bunga, senang betul jaga si Bunga seorang ni.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Jinggo ini telahpun meraih perhatian daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat dikongsikan :
” Berkerut kerut dahi dgr dadda dea ckp,tak phm la dada.. last2 senyum.. ger4mm betul tgk dea senyum.. snng jge lak tue tak byk ragam.. seronok baby camnie.. “
” Bunga happy tu sbb Dadda dia bawa g jenjalan. Kena angin sepoi2 bahasa tu yg terus tidur.. Budak baik ni tido je kalau bawa jalan-jalan.. “
” Comelnya Bunga, tak pernah tak ger4m tengok Bunga Elhaq ni. Betul betul secantik Bunga. Muka nanna sis Sheila Rusly.. “
” Nanti dah dapat kaki, tak tido tido. Dadda lak pen1ng nak melayan Bunga hehe. ammnboiii dah la Comey nengok bjari tgn muka Dan bambam semangat dah Cik Bunga.. “
” Dah pandai nak berbual dengan Dadda dia ya Bunga. Alahai melt1ng dengan senyuman Bunga Elhaq. Sweet je bila senyum.. “
” Ger4m tengok kerut-kerut dahi Bunga. Berkerut muka, last-last senyum kemain Bunga. Macam paham sangat dadda cakap tu.. “
” Melting nya senyuman bunga. bunga nie mcm faham sgt dadda cakap apa.. nk berckp sekali tu.. semoga membesar dgn sihat syg.. “

Seronok tengok Bunga yang tak banyak meragam ini, senang hendak diusung ke mana-mana. Semoga Bunga terus menjadi cucu yang baik dan membawa lebih banyak kegembiraan buat Dadda dan Nanna tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Jinggo, IG Bunga Elhaq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti2 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain

