Artis / Selebriti
” Berjurai-jurai air mata ni. Bukan atok je yang sedih, kami pun sedih sama.. ” – Komen Netizen
Perkongsian video Shuib Sepahtu dan Raissuddin Hamzah Talita menyanyi sambil berbaring raih perhatian warganet. Alahai sedih baca luahan perasaan atok Raissuddin pada Talita. Mengimbau memori lama bersama arwah Siti Sarah..
Sudah bertahun arwah Siti Sarah pergi meninggalkan semua, namun ramai yang masih mengingati figura kesayangan ramai ini. Siti Sarah ada auranya yang tersendiri yang membuatkan semua orang merasa sedih setiap kali yang berkaitan dirinya dikongsikan di media sosial terutamanya berkaitan anak-anak.
Meninjau entry di akaun Instagram Siti Sarah Raissuddin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shuib Sepahtu bersama Raissuddin Hamzah melatih Talita untuk menyanyi dengan teknik berbaring. Ini adalah untuk memantapkan vokal Talita.
Tertulis pada ruangan kapsyen itu memberitahu Raissuddin merasa sebak melihat Talita menyanyi begitu kerana ianya mengingatkan Raissuddin pada kenangannya melatih Siti Sarah dahulu. Begitu lah yang Raissuddin lakukan dan ianya berulang lagi tetapi kali ini bukan Siti Sarah tetapi dengan Talita pula.

Suara Talita sememangnya seakan ‘jelmaan’ suara Siti Sarah. Tone suara Talita semakin hari, semakin kedengaran seperti Siti Sarah dan ini menyentuh hati ramai. Bukan hanya Raissuddin yang sebak dan rindukan Siti Sarah tetapi warganet juga merindui suaranya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Suara ibu dia, sebaknya.. Pengubat rindu kami pada arwah sitisarahraissuddin. Alfatihah buat arwah.. part cinta itu tak lagi berharga, nangis weh.. “
” Sedapnyaaa suara dekta walaupun tgh baring…goodjob Atok. Mcm mana ibu dulu, skrg giliran dekta plak.. “
” Sedap suara… menurun suara arwah ke dekta.. tapi nape kita sedih sama nih ? Halahhh.. Kenapa sampai sekarang sedih bila sedar yang arwah dah takda. semoga syurga buat ibu dekta.. “
” Berjurai jurai airmata ni .. Rindu nya dgn suara ni.. sampai sakit dlm tekak sy sis… menahan sedihh.. Makin lama tone suara Talita seakan dh arwah Siti Sarah.. “
” Betul pernah tngk dulu2 atok ajar arwah Sarah nyanyi.. Skrng giliran cucu plak dikta.. Suara sedap.. Patut la atuk dia sedih. teringat arwah.. “
” Sedapnya suara dekta, persis ibumu.. suara mak dia, dia dapat masya Allah.. sikit lagi terkeluar hbs suara mak dia. rindu suara tu.. “
” Napa Kita sedih tiba2 ni aduhhh.. teringat arwah ibu dia pulak ni.. suara sama.. bukan atok je sedih, saya pun sedih sekali.. “
” Teringat arwah siti sarah, ayah dia yg judge suara.. kan.. Semoga menjadi pelapis untuk ibunya. sedap suara hampir mirip ibunya.. “
Sebagaimana atok Raissuddin melatih arwah ibu dulu, begitu juga lah yang dilakukan sekarang untuk Talita. Hati siapa yang tidak sedih mengingatkan anak yang telah tiada. Sejauh mana pun atok Raissuddin cuba memujuk hati, wajahnya tidak dapat membendung kerinduan yang ditanggung. Semoga Talita akan berjaya seperti ibu, Insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Sarah Raissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti1 day ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adoi Syafiq Kyle, tersedak aku makan dengar dia karok. Terkejut dengar, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Lina salah makan ubat gegat ke tadi ni. Risau tercabut kepala tu kang Kak Lina, haha.. ” – Komen Netizen

