Artis / Selebriti
” Bergetar menjawab tu, memang sedih g1la dia. Nampak dia macam nak nangis tu.. ” – Netizen
Video Syafiq Kyle Akhirnya Bersuara Mengenai Kisah Perkahwinannya Bersama Mimi Lana Yang Tak Jadi. Sedih Warganet Mendengar Ayat Syafiq Tu. Ada Getar Dalam Suaranya, Bertabah Lah Syafiq !!
Sepatutnya Syafiq Kyle dan Mimi Lana melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada bulan Ogos yang lalu. Namun takdir Allah, segala yang dirancang tidak menjadi kenyataan. Peminat dikejutkan dengan pembatalan majlis tersebut pada saat akhir dan semua tertanya-tanya mengapa dibatalkan sedangkan hanya berbaki beberapa hari sahaja majlisnya.
Baik Mimi mahu pun Syafiq mengunci mulut daripada menjawab segala persoalan. Mimi dilihat membawa diri ke luar negara pada hari sepatutnya pernikahan berlangsung. Meninjau akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Syafiq ditemubual oleh pihak wartawan.
Kata Syafiq, dia maklum tentang kisahnya bersama Mimi yang menjadi buah mulut warganet. Memberitahu segalanya telah diselesaikan secara baik antaranya dan Mimi, Syafiq turut memberitahu sekarang hanya fokus kepada keluarga dan kerjaya.

Syafiq turut berharap agar semua orang tidak lagi berbahas tentang isu pernikahan ini kerana banyak hati yang perlu dijaga. Ucapan terima kasih juga dizahirkan oleh Syafiq kepada semua yang prihatin dan mengambil berat akan dirinya dan Mimi.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Its ok, Allah akn gnti jodoh yg lebih baik. Lelaki yg baik utk perempuan yg baik. 1 ari nnti akn terpikir, nsib baik aku x nikah dgn si anu… Allah has better plan.. ”
” Moga mereka baik-baik lagi.. huhu.. happy ending.. apa-apa pun.. kami masih berharap korang bersama semula.. ”
” Bagus syafiq kyle. tak perlu nak cakap apa-apa. Tak ada jodoh, redha sahaja.. Syafiq Kyle hensem,, Allah sebaik baik perancang.. anggap lah dia bkn jodoh mu.. ”
” Dia tak jadi kahwin ke dengan mimi lana.. huhu aku suka betul dengan dorang ni.. semoga yang baik-baik untuk mereka, kalau jodoh tak kan ke mana.. ”
” Teringat Mimi Lana ckp waktu org Tanya dia pasal nk kawin tu.. dia ckp tak pernah rasa happy mcm ni.. sekali .. siannya.. ”
” Means dia orang dah tak nak fokus each other dooooo.. Nampak dia macam nak nang1s tu… jangan la tanya macam-macam lagi.. ”
” Bergetar menjawab tu memang sed1h g1la dia nyee.. tinggal nak terhambur je airmata tu huhu.. Nampak menahan sed1h.. ”
Hanya Syafiq dan Mimi yang tahu sebab terputusnya hubungan mereka. Apa yang pasti, Allah tentu merancang sesuatu yang lebih baik untuk Syafiq dan Mimi. Semoga kedua-duanya terus kuat dan menghadapi segalanya dengan cekal. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, Tiktok Oh Bulan, IG Syafiq Kyle, IG Mimi Lana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

