Artis / Selebriti
” Belum reda lagi Tokti, jangan sentuh.. ” – Netizen
Video Reaksi Dato’ Seri Siti Nurhaliza Ketika Tersalah Menyanyi Lagu Aliff Aziz Semasa Sesi Live. Alamak Siap Ada Peminat Yang Marah. Nasib Baik Tokti Perasan, Pandai Tokti Cover, Haha !!
Meninjau ke satu akaun Tiktok, perkongsian sedikit sedutan sesi live Dato’ Seri Siti Nurhaliza ketika mempromosikan produknya telah meraih perhatian ramai. Seperti selalu, Dato’ Seri Siti sememangnya sangat mesra melayan para peminatnya dalam sesi live.
Apa yang menarik perhatian ialah apabila Dato’ Seri Siti memanggil semua viewernya dengan panggilan sayang dan terus menyanyi lagu Aliff Aziz yang berjudul ‘ Sayang-sayang’. Ini kerana lagu itu sangat sesuai dengan panggilan tersebut.
Namun lain pula reaksi para peminat. Ada juga yang marah. Seterusnya DS Siti berpura-pura mengatakan lagu siapakah yang dinyanyikan itu. Nampaknya masih ramai yang tidak boleh move on dengan kontroversi yang dilakukan oleh Aliff Aziz sebelum ini.

Perkongsian ini telah menerima lebih seribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Menyedari ketidakpuasan hati para peminatnya, Dato’ Seri Siti terus mengubah rentak sayang kepada lagu miliknya yang berjudul Usah Di Ragui.
Jom tonton video di bawah :
@sitinurhalizafan Bila DS Siti Nurhaliza Tersilap Nyanyi Lagu Sayang Terus Peminat Marah 😱
♬ original sound – Siti Nurhaliza Fans – Siti Nurhaliza Fans
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Eeh lagu sape plk tu..haha.. Hahaha belom redaa lg tokti.. jgn sentuh.. Tokti makin meningkat usia makin kelakar laaa hahaha.. “
” Apa tajuk lagu tokti yang sayang tu.. masalahnyaa..color bibir tokti lagi lawaaa dari color lipstik weiiii.. pandai makiti bergurau.. “
” Tokti nyanyi lagu sape? tiber tokti..anjat kita.. hahahahaha pandai mak iti buat lawak.. Tokti gelak dalam tekak pun sedap.. “
” Lagu mengundang.. hepppp salah lagu Tok T .. Adoi la.. haha.. comel la.. haaaa tu lah…dia pun tau viral2 yg terkini tu.. “
” Pandai tokti buat lawak, sedap pula tu.. tahan gelak lah.. tokti tak baik tau bergurau macam ni.. netizen masih tak suka.. “
” Tokti jangan main-main.. lagu ni tak boleh nyanyi.. masih ramai yang tak boleh sentuh bab ni.. haha.. kelakar lahh tokti.. “
” Haip, kenapa lagu ni… banyak lagu lain lagi tok ti.. eh, ahmad izzue berani sound tokti ye.. gelak yee.. haha.. tokti tokti.. “
Penyanyi nombor satu pun netizen berani bagi amaran ye. Jangan dibuat main dengan kes orang ketiga ni, sampai segala benda yang berkaitan pun netizen tak suka. Apa pun, suara Dato’ Seri Siti tetap sedap dengan apa jua lagu yang dinyanyikan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Siti Nurhaliza Fans
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti2 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kakak Sarah dah besar macam ibu. Hampir tak kenal.. ” – Komen Netizen


