Artis / Selebriti
” Baru je tengok baby shower, tup tup dah keluar babynya.. ” – Netizen
Safwan Nazri Kongsi Video Bersama Anak Sulungnya Yang Baru Lahir. Alahai Sayu Tengok Wajah Gembira Safwan. Baby Rainbow Yang Membawa Seribu Kegembiraan. Nama Pun Special Sangat !!
Baru sahaja beberapa hari yang lalu, bekas peserta Hero Remaja dan pelakon, Safwan Nazri berkongsikan video majlis baby gender reveal. Pada majlis itu, semua dimaklumkan oleh Safwan dan pasangannya, Lyna bakal menimang cahayamata perempuan.
Meninjau entry terbaru Safwan di akaun Instagramnya, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Safwan meriba cahayamata sulungnya yang baru lahir. Wah rupanya sudah lebih seminggu Safwan bergelar ayah.
Tanggal 12 Mac menjadi detik bersejarah buat Safwan dan Lyna. Kegembiraan pada wajah Safwan tidak dapat disorok saat menatap wajah zuriatnya itu. Jelas kelihatan wajah terharu Safwan yang membuatkan warganet turut tersentuh melihatnya.

Kata Safwan, ianya perasaan yang sukar untuk digambarkan. Untuk makluman, Lyna pernah mengalami kegug0ran sebelum ini dan kelahiran bayi kali ini sememangnya sangat dinantikan oleh mereka. Baby rainbow yang akan membahagiakan kehidupan daddy dan mommy.
Jom tonton video di bawah :
Berita gembira oleh Safwan ini telahpun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Ucapan tahniah membanj1ri posting ini dan antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Syukur tahniah daddy. Lebat rambut dia wan.. welcome baby sofia sayang. boleh la tu geng aofea.. “
” Alhamdulillah tahniah iwan dan leyna.. welcome Cinta.. amir pun dpt 2nd baby harini.. Comel nama baby.. “
” Tahniah Safwan dan Lyna.. selamat datang ke alam ibu bapa.. Alhamdulillah, semoga baby sihat selalu.. “
” Allahuakbar Alhamdulillah rezeki yang indah. Tahniah Safwan dan Lyna.. Welcome to teh club Cinta Sofea.. “
” Alhamdulillah syukur dh jadi papa erkk. Moga bhgia selalu bro. Kekal sikap humble tu n g1la2 sikit. Tahniah papa muda.. “
” Alhamdulillah tahniah korang.. baby rainbow ni baru ja tengok baby shower, tup-tup dah jengoi keluar.. “
” Alhamdulillah, tahniah. Mcm tu agaknya perasaan suami sy. Berkaca mata dia masa pegang nak azankan baby.. “
” Sed1h lak tengok, yang pernah lalui je tahu macam mana perasaan tu kan. Baby rainbow yang membawa sejuta senyuman pada daddy dan mommy.. “

Alhamdulillah, pasti berubah banyak kehidupan Safwan dan Lyna dengan kehadiran baby Cinta Sofia. Lebat dan hitam sungguh rambutnya, tentu cantik macam mommynya. Apa-apa pun, tahniah Safwan dan selamat berpant4ng buat Lyna.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Safwan Nazri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dakwah yang sangat sweet. Ada hikmahnya Allah temukan mereka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baru je nak bahan Dato’, sekali kena balik. Tak boleh simpan rahsia Dato’ Aliff ni, haha.. ” – Komen Netizen

