Connect with us

Artis / Selebriti

” Baru je nak bahan Dato’, sekali kena balik. Tak boleh simpan rahsia Dato’ Aliff ni, haha.. ” – Komen Netizen

Video Bella Astillah menyakat dengan mengatakan Dato’ Aliff Syukri tidak popular buat ramai terhibur. Alahai sekali Dato’ Aliff balas balik, menjerit Bella dengar ayat Dato’ Aliff tu. Kantoi Bella, haha.. 

Usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri pernah bergandingan bersama Bella Astillah ketika sambutan Shopee 12.12 baru-baru ini. Sekali pun mereka berdua berbeza personaliti, namun gandingan itu seronok dilihat dan menghiburkan warganet yang melihat telatah mereka berdua.

Menerusi perkongsian terbaru Dato’ Aliff di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video kenangan Dato’ Aliff bersama Bella. Pada awal video, Bella mengusik Dato’ Aliff dengan mengatakan kata-kata Dato’ Aliff bahawa dirinya penyanyi nombor 1 negara dan artis paling popular hanya cakap kosong.

Seloroh Bella lagi, Dato’ Aliff kurang popular kerana tidak menghadiri Anugerah Bintang Popular. Dato’ Aliff yang menyedari Bella cuba menyakatnya membalas kembali usikan Bella. Dato’ Aliff bertanya kepada Bella dalam nada berseloroh adakah Bella tidak takut sekiranya disaman oleh Dato’ Aliff.

Ayat Dato’ Aliff selepas itu yang ada menyebut berkaitan YB Syed Saddiq membuatkan Bella menjerit. Sekali Dato’ Aliff bersuara, ayatnya padu sekali. Cuak juga Bella apabila mendengar ayat Dato’ Aliff itu. Dato’ Aliff tersenyum lebar melihat usikannya mengena.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Pertama kali Dato cakap tak habis haha.. Kerlas Dato, mewakili netizen.. Dato tolong abiskan ayat tu dato.. “

” Sy sokong dato “Awk baru je prgi mhkmh itu hari Temankan awak punya bakal….”. “Haaa tau takut. Kenapa awak perlu takut kalau xde Pape??” . terbaik lah dato. Dah terkena dh bella . Pecah dh rahsia.. “

” Tak baik la dato,tak abeskan ayat.. baik cakap cepat.. dato wakil netizen.. tak leh simpan rahsia la dato ni, haha.. tau bella cuak.. “

” Bakal apa tu dato… Kami tak suka ayat2 tak abis ni. Buat kami stresss tauu haha.. bakal apa dato?cakap jangan tak habis, dosa tau.. “

” Hahahaha jgn main-main dgn Datoo kantoiii nanti hahahaha.. spill panjang sikit tok haha.. menjerit Bella, nak kenakan dato. sekali dia yang terkena balik haha.. “

” Tak boleh simpan rahsia dato’ aliff ni haha.. kau punya bakal.. bakal apa dato, haha.. hampir terkantoi, sampai menjerit Bella.. bakal suami kan papa.. kan kan.. “

” Kan dah kena dengan papa laris haha.. Alah papa habiskan ayat tu.. habis bakal pecah rahsia Bella.. kantoi sudah bah.. Baru je nak bahan dato’, sekali kena balik. Haha memang tak boleh lawan dengan dato’.. “

Kelakar melihat semudah itu Dato’ Aliff mengenakan kembali Bella. Sikit sahaja lagi hendak terkeluar rahsia besar Bella dari mulut Dato’ Aliff. Menjerit-jerit Bella apabila diusik sebegitu. Bakal yang Dato’ Aliff sebut itu apa mungkin bakal suami, hanya Bella dan Dato’ Aliff sahaja yang mengetahuinya. Apa-apa pun, semoga yang terbaik untuk Bella.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aliffsyukri, IG Bella Astillah 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Serum

Trending

Copyright © Berita Kopak