Connect with us

Artis / Selebriti

” Bapa dia terkejut, dengan aku terkejut.. ” – Arwah Siti Sarah Raissuddin

Genap 4 tahun pemergian arwah Siti Sarah Raissuddin, perkongsian ‘voice message ‘ Siti Sarah buat ramai tersentuh. Betapa terujanya arwah melihat gambar ultrasound Ayash ketika masih dalam perut. Sebak dengar suara Sarah..

Meninjau ke akaun Instagram Siti Sarah Raisuddin, perkongsian sebuah video yang memaparkan mesej suara arwah Siti Sarah telah meraih perhatian ramai. Menerusi mesej tersebut, kedengaran suara arwah begitu gembira melihat gambar ultrasound Ayash Affan.

Gambar tersebut memaparkan Ayash sedang menghisap jari ketika di dalam perut ibunya. Hal ini membuatkan Siti Sarah begitu teruja betapa comelnya si kecil yang berada dalam perutnya. Suara Sarah ini kini hanya menjadi kenangan buat Ayash yang tidak sempat mendengar suara ibunya.

Hari ini genap empat tahun pemergian arwah Siti Sarah yang meninggal dunia disebabkan C0vid-19 selepas melahirkan cahaya mata keempatnya. Apabila mendengar suara Siti Sarah ini, ramai peminat meluahkan rasa rindu akan arwah Siti Sarah.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 31 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Kasih sayang arwah terus mengalir melalui setiap rakaman, gambar, dan cerita yang ditinggalkan buat Ayash Affan yang tidak merasai kasih sayang ibu kandungnya.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, dapat dilihat begitu ramai merindui suara arwah Siti Sarah. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Masyaallah tabarakallah Ayash dah nak masuk 4 tahun ya ..rasa mcm baru sgt lagi ..Ayash nanti dah besar mesti faham dan boleh rasakan besarnya kasih ibu Ayash pada seluruh keluarga.. “

” Ayash anak yg menitipkan ibunya ke syurga Allah.. mashaAllah.sampai bila² Pon tetap cemburu cara pemergian arwah.Al fatihah.. “

” Suara yg dirindui oleh rakyat Malaysia.. sungguh. Tak sangka dah 4 tahun berlalu. pemergian siti sarah betul2 beri impak besar 1 dunia.. “

” Birthday ayash sama ngan birthday aunty. Masa ibu ayash pergi semua org ratapi pemergian ibu ayash anyway, happy birthday ayash syg .. “

” Masa arwah meninggal , sy dlm pantang baru berapa hari . Menangis saje sy dpt berita ni dlm pantang.. ayash sebaya anak sy .. 4thn dah .. “

” Smpai hri ni..rutin aku msih sama belek2 vdio2 lama kat ig arwah..rse mcm dia ade lg alfatihah.. Pemergian sarah ni sgt2 dirasai smpai sekarang xthu la kenapa.. “

” Allahuakbar rindu nye suara u sarah sarah serius rindu sgt2 dgn suara u…terasa mcm u masih ade di dunia ni.. Sedih la cmnie xbleh dgr suara sarah.. “

Sedih dan sebak mendengar suara arwah. Genap 4 tahun pemergian arwah Siti Sarah ini bermakna juga sudah empat tahun usia si kecil Ayash Affan. Semoga Ayash membesar dengan sihat, menjadi seorang anak yang baik serta membanggakan kedua ibu bapanya. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Siti Sarah Raisuddin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Abaya Dress
Bostanten Handbag

Trending

Copyright © Berita Kopak