Connect with us

Artis / Selebriti

” Balik dari game bola tadi, dia buat surprise.. ” – Rita Rudaini

Rita Rudaini tersentuh terima hadiah kejutan oleh anaknya sempena hari lahirnya yang ke 50 tahun. Sebaknya baca apa yang ditulis oleh Rayyan, Arjuna pula sweet sangat..

Semalam, pelakon jelita Rita Rudaini telah menyambut ulan tahun kelahirannya yang ke 50 dalam suasana penuh sederhana namun begitu bermakna. Momen istimewa itu turut dikongsi bersama pengikutnya di media sosial. Ianya turut memperlihatkan sisi kehidupan peribadi Rita sebagai seorang ibu yang penuh kasih sayang.

Menerusi akaun Instagram, anak sulungnya Rita yang bernama Airit Rayyan Rizqin mengambil peluang untuk menitipkan ucapan hari lahir yang cukup menyentuh hati ibu tercinta. Kata-kata yang diluahkan jelas menggambarkan betapa mendalamnya kasih sayang dan penghargaan seorang anak terhadap pengorbanan ibunya selama ini.

Bukan sekadar ucapan, Rayyan turut berkongsi beberapa keping gambar kenangan bersama Rita sejak kecil hingga kini. Setiap gambar seolah-olah merakam perjalanan masa yang penuh memori indah antara ibu dan anak sehingga membuatkan ramai yang tersentuh melihatnya.

Sementara itu, Rita pula berkongsi detik manis apabila anak keduanya yang bernama Airit Qaqa Arjuna membuat kejutan istimewa menerusi perkongsiannya di akaun Instagram. Selepas selesai menghadiri perlawanan bola, Qaqa menghadiahkan sejambak bunga kepada ibunya. Lebih mengharukan, hadiah tersebut dibeli menggunakan duit raya yang disimpannya sendiri.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan turut menitipkan kata-kata ucapan selamat hari lahir kepada Rita. Antara komen-komen menarik adalah :

” Happy birthday sister.. Semoga sentiasa dalam lindungan, rahmat dan keredhaan Allah SWT.. Aminnn.. “

” Happy birthday My Idol Semoga terus sihat murah rezeki… Di syg org2 sekililing Aaminn.. Semoga menjadi anak berbakti kepada IB.. “

” Romantis la adik lurve.. Semoga adik ita sihat dan selalu didlm rahmat dan kasih syg Allah amin.. Selamat hari lahir Rita..”

” Sannah Helwah, Selamat Hari Lahir Pn Rita.. Panjang umur yg diberkati, dilimpahi rezeki, sihat Sejahtera Sentiasa, sukses dlm kerjaya disamping ank2 tersayang. Aamiin Ya Allah.. “

” Tahniah rita mampu didik dn besarkn ank2 sorang diri tnpa susuk tubuh seorang ayah bukan prkara yg mudah tp Rita mampu buat tnpa sedikit pun kekurangn pda ank2 malah ank2nya sgt bradab dn brjaya.. “

” Alhamdulilah for the best gift mommy has in her life. Aunty knows u know who r the 2 amazing boyz.. Happy birthday Rita.. “

” Serious la dah 50..  Happy birthday ya.. Takpercaya sebab nampak muda gorgeous.. Camtu je dia kantoikan umur mama dia.Kami duk ingat mama awak 30an adik.. “

Perkongsian penuh emosi ini menyentuh hati ramai warganet. Tidak kurang juga yang memuji kedua-dua anak Rita kerana membesar menjadi anak yang baik, penyayang dan menghargai ibu mereka. Hubungan erat yang dipaparkan ini bukan sahaja mengundang rasa sebak, malah turut menjadi inspirasi kepada ramai tentang erti kasih sayang dalam sebuah keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ritrud727,airitryan727

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

G2G Skin Tint

Trending

Copyright © Berita Kopak