Connect with us

Artis / Selebriti

” Baju hari tu tidak lah dia minta macam tu, tapi baju tu.. ” – Watie Hanifiah

Video Watie Hanifiah memberikan penjelasan mengenai isu baju Thalita ketika majlis baby gender reveal curi perhatian warganet. Ini sebenarnya yang terjadi.. 

Ketika Shuib Sepahtu dan isterinya, Watie Hanifiah mengadakan majlis baby gender reveal mereka, ramai yang memberikan komen mengenai baju yang digayakan oleh anak perempuan mereka, Thalita. Dress berwarna pink itu dikatakan kelihatan agak seksi dan tidak sesuai dengan usia Thalita.

Ramai juga yang mengecam kerana penampilan seksi Thalita itu. Sebagai seorang ibu, Watie mengambil maklum kecaman tersebut dan tampil memberikan satu penjelasan ketika membuat live bersama Thalita. Watie tidak marah dengan cacian warganet tetapi dia cuba menerangkan dengan sebaiknya.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok venomm15, telah dikongsikan video penerangan oleh Watie itu. Cerita Watie, baju sebenar yang ditempah olehnya untuk Thalita bukan begitu rekaannya. Namun sedikit kesilapan yang dilakukan oleh pihak designer membuatkan bahagian bahu Thalita kelihatan terdedah.

Watie juga turut memaklumkan Shuib turut menegur Watie kerana membenarkan Thalita memakai baju sedemikian. Cara Shuib memberikan teguran kepada Watie juga baik dan Watie kagum dengan cara Shuib itu. Natijah dari kejadian ini, Thalita mendapat satu pengajaran baru untuk kehidupannya.

Jom tonton video di bawah :

@ven0om15

#thalita #dekta #watiehanifiah #shuibsepahtu #shuib

♬ original sound – SugarVenom 🍬 – SugarVenom 🍬

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Bgussss la si watie ni…..aku suka sgtttt cara dia melayan anak2 arwah memg sbaiknya dia jaga xnmpk mcm anak tiri pon..Alhmdulillah moga allah mbls sgala kebaikan.. “

” Mommyyy mommmyyyyy… Saya hari2 duk ngadap budak2 remaja perempuan for 1 form 2… Saya pahammm Sgt mommy… Mommy guide lagi dia yaaa.. Guide, InsyaAllah dia ok.. “

” Betul fhm je watie ckp. kdg teenagers kene lalui consequences baru akan ambik pengajaran. okay laa shuib dh tegur .. bkn dia tk tegur.. “

” Tak perlu explain..cuma sbg ibu nasihatkan anak2 agar ke arah lbh baik..msh muda dan msh ada masa untuk dibentuk.. ibubapa yg perlu main peranan dlm membentuk anak2.. “

” Betul kata kak wati…….. Sabar adk thalita….. Kak sharina doakan semoga bercaya dan penyanyi insyallah aminn……… Bukan salah thalita pun…. Dia minta lain…… Dia dapat lain.. “

” Bagus la Wati nie,mak tiri yang sayang kan anak2 tiri macam anak2 dia sendiri.. Mgkin talita akan belajar dari kesilapan.. InsyaAllah Allah akan izinkan dia berubah nnt.. “

” Setuju dengan komen momy.. ibarat main layang2 lah ,ada masa kena tarik tali ada masa kena longgarkan tali. jadi , apa2 pun ianya asbab.. semoga terus Menjadi mak tiri yang baik ya watieee.. “

Setiap orang ada melakukan kesilapan dan mungkin, ini akan menjadi satu pengajaran kepada Thalita supaya sentiasa berhati-hati dalam pemakaiannya selepas ini. Apa-apa pun, semoga isu ini dapat diredakan dengan penjelasan oleh Watie itu.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok venOom15   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Perfect Cushion

Trending

Copyright © Berita Kopak