Artis / Selebriti
” Bahagia seorang ayah apabila nampak anaknya dibahagiakan.. ” – Netizen
Video Gelagat Ayah Mizz Nina, Tan Sri Azman Hashim Ketika Menantunya, Essam Menyanyikan Sebuah Lagu Buat Mizz Nina Di Majlis Resepsi Buat Ramai Tersentuh. Happy Betul Tan Sri Azman Tengok Anaknya Sedang Bahagia, Siap Tepuk-Tepuk Tangan Dan Goyang-Goyang Badan Lagi !!
Umum mengetahui beberapa bulan lalu, Mizz Nina berkongsi kegembiraan dengan mendedahkan status terbaharunya sebagai isteri kepada Essam Muhammad iaitu seorang penyanyi rap dan penulis lirik aktif dalam bidang muzik yang berasal dari Seattle, Amerika Syarikat (AS) dan berketurunan Maghribi.
Beberapa hari lalu, telah tular video majlis resepsi Mizz Nina dan Essam yang diadakan di Malaysia menerusi aplikasi TikTok. Pasangan ini telah mengenakan busana serba putih yang begitu menyerlah seri pengantin dalam sebuah majlis tertutup.
Majlis istimewa yang mendapat sentuhan Reka Teemor bagi penataan dewan, Essam telah menghadiahkan sebuah lagu rap buat isteri tercinta dan tetamu. Namun apa yang menarik perhatian adalah gelagat ayah Mizz Nina, Tan Sri Azman Hashim yang nampak begitu happy sepanjang persembahan dan begitu rancak bertepuk tangan sambil menggoyangkan badannya.
Ada yang mengatakan tersentuh melihat cara ayah Mizz Nina melihat anaknya yang kini bahagia dengan perkahwinan barunya itu. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 300 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
@shazrinaazman Subhanallahπ€β¨ #weddingvibes #mizznina #husbandwife #lovestory #fyp #syukuralhamdulillah #mizzninakahwin #ayahku #ayahhebat
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa sebak melihat wajah kegembiraan Tan Sri Azman dan turut memberikan ucapan tahniah kepada Mizz Nina. Antara komen-komen menarik adalah :
” Bahagia seorang ayah apabila nampak anaknya dibahagiakan.. Kasih seorang ayah membawa ke syurga.. “
” Dia bertepuk tangan seperti sedang menyanyikan Mizz Nina ketika masih kecil.. Always his little princes.. “
” Allahuakhbar.. Gembiranya Tan Sri melihat anaknya dicintai org yg tepat. Semoga bahagia ke Jannah. Amiin.. “
” I am so happy for you. Our story is similar. Unlucky in the 1st marriage, then found my peace with an American who accepts my flaws n imperfection.. “
” Rasa sebak.. Menitis air Mata.. Di situ Kita boleh tgk riak wjh org tua bla ank dya bsma dgn org yg tepat.. “
” Happy betul tgk Tan Sri.. Tahniah Mizz Nina, awak berhak mendapat kebahagiaan.. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah.. “
” Kenapa aku sebakk tgok Tan Sri Azman.. Kegembiraan seorang ayah ikhlas buat puteri tersayangnya.. “
Jelas terpancar kegembiraan pada wajah Tan Sri Azman melihat Mizz Nina begitu bahagia bersama Essam. Apa-apa pun tahniah diucapkan buat Mizz Nina, semoga ikatan perkahwinan kali ini akan kekal bahagia sehingga ke syurga dan dipermudahkan semua urusan.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok shazrinaazman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen