Artis / Selebriti
” Bagusnya nasihat Johan. Aku pulak tersentuh.. ” – Netizen
Perbualan Video Call Johan Raja Lawak, Hanif dan Ray Bersama Ayda Jebat Buat Peminat Terhibur. Namun Part Johan Beri Nasihat Dan Dendangkan Lagu Pengantin Baru Buat Ayda Menang1s. Nasihat Johan Cenggini !!
Baru beberapa hari lalu, nama pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir menjadi bualan peminat. Mereka yang memilih untuk melangsungkan majlis merisik dan bertunang online meraih perhatian ramai. Bulan lalu ketika ulangtahun Ayda, Nabil melamarnya untuk dijadikan isteri yang sah.
Tiada siapa menduga mereka akan melangkah ke arah perhubungan yang lebih serius. Namun semuanya sudah suratan dan ketentuan dari Allah bahawa dari kawan hubungan ini membuahkan bibit cinta dan akhirnya membawa mereka ke tali pertunangan.
Majlis online antara 2 keluarga ini menjadikan mereka pasangan pertama membuat pertunangan secara online. Sekali pun hanya di alam maya, namun ia berjalan dengan lancar dan mereka sah bergelar tunangan orang. Siap edit gambar seakan-akan duduk bersama saat majlis berlangsung lagi.

Menerusi akaun Instagram Era.je, telah dikongsikan satu video yang memaparkan video call antara penyampai Era, Johan, Hanif dan Ray bersama Ayda Jebat. Bertanyakan tentang pertunangan online Ayda bersama Nabil, Ayda menceritakan secara detail untuk pengetahuan peminat. Namun pesanan Johan dan nyanyian istimewa daripada Johan buat Ayda menitiskan airmata. Pesanan seorang abang.
Jom tonton video di bawah :
Perbualan mereka ini yang penuh dengan nasihat dari Johan buat peminat terharu. Antara komen-komen mereka :
” Tiba-tiba masuk part johan sharing pasal rumah tangga semua serius. Touching.. “
” Tiba-tiba.. Part last join feeling.. “
” Why me pun join nang1s sekali.. “
” Bagusnya nasihat Johan. Aku pulak tersent0h.. “
” Awat dengan aku sekali nang1s.. “
” Kita pun rasa macam nak menitis dengar..”
” Kite pon part last tiba-tiba sed1h. Apa-apapon semoga bahagia ke jannah.. “
Dalam melawak banyak pesanan Johan pada Ayda ni. Menyentuh betul cara Johan menasihati Ayda dan tips rumahtangga yang dikongsikan. Moga memberi panduan buat Ayda. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan Ayda dan Nabil dipermudahkan sehingga selamat disatukan. Aamin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era.je, IG Ayda Jebat, IG Nabil Mahir by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Apa yang kita nampak di Parlimen, itu bukan dia.. ” – Shaheizy Sam

