Connect with us

Artis / Selebriti

” Bagusnya kak Elly, hati yang pemaaf dan tidak menghakimi bekas suami.. ” – Komen Netizen

Perkongsian Elly Suriaty Yang Ingin Membantu Persiapan Perkahwinan Bekas Suaminya, Azri Iskandar Buat Warganet Tersentuh. Patut Lah Elly Nak Bantu, Ada Sebab Rupanya !!

Meninjau ke akaun Instagram Official Hlive, perkongsian satu temubual bersama Elly Suriaty telah meraih perhatian ramai. Elly berkongsi cerita mengenai bekas suaminya, Azri Iskandar yang kini bakal berkahwin tidak lama lagi dengan wanita pilihan hatinya.

Menurut Elly, dia ada bertemu dengan bakal isteri Azri dan mereka masih mengekalkan hubungan baik walaupun sudah berpisah. Malah Elly dan anak-anak turut membantu dalam persiapan perkahwinan Azri dan bakal isterinya itu. Wah, baik sungguh sikap Elly.

Menurut Elly, Azri merupakan seorang anak yatim piatu sejak kecil. Nenek dan adiknya juga sudah meninggal dunia. Kini Azri sebatang kara dan oleh sebab itu Elly dan anak-anak berusaha bersama-sama membantu Azri menguruskan persiapan untuk perkahwinan Azri itu.

Jarang sekali atau tidak pernah kita melihat bekas isteri akan turut sama membantu melakukan persiapan perkahwinan untuk bekas suami. Sikap Elly ini cukup matang dan mampu membuang segala rasa dendam atau marah daripada perpisahan mereka terdahulu.

Jom tonton video di bawah ;

Di ruangan komen, ramai netizen yang memuji sikap positif Elly. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :

” Kak sy doakan akak n abg azri kembali bersama mnjd psgn suami isteri utk kebaikan anak2 akak. .wlpun ssh utk bersama tp percaya lah Allah akan permudahkan sgla2nya. . “

” Bahagia dia adalah bahagia untuk kak elly dan anak2 nya juga. Kasih Sayang, tidak semestinya bersatu. Walau tidak bersama, Sentiasa mendoakan satu sama lain. Love my sutradara. “

” See, hati yg sgt bersih n ikhlas walaupun pernah melalui kekecewaan. Apa2 pun akak mmg seorg wanita yg hebat.. “

” Bgsnya kak elli, hati yg pemaaf dan tidak hakimi pasangan. Terbaik. Inspirasi. Kuatnya dia, siap boleh tolong part persiapan kahwin tu even ex husband sendiri .. “

” Terbaik.. bole je contoh pd pasangan yg lain yg sudah bercerai.. jodoh sudah abis ukhuwah dan silaturrahim tetap di jaga .. matang dr segala sudut ..  pendamaian yg bgus”

” Ni namanya matang.. dia dah ikhlaskan… hidup itu.. Matured. Dan dia melepaskan dgn selepas2nya. Xde dendam xde marah.. “

” Moga kak elly dikurniakan pasangan yg terbaik selepas ni, apa yg kak elly lakukan ini sgt2 terpuji dan spread positive impact to all the malaysian khususnya.. “

Bagus sangat sikap Elly terhadap bekas suaminya, Azri. Tetap menjaga hubungan baik walaupun sudah berpisah. Semoga segala urusan dipermudahkan buat Elly dalam menguruskan segala persiapan buat Azri dan juga majlis yang dirancang berjalan dengan lancar. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG hlive

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT