Artis / Selebriti
” Bagusnya didik anak lelaki serba boleh macam ni. Rajin sungguh Isaac.. ” – Komen Netizen
Video Anak Lelaki Zahirah Macwilson, Isaac Raees Membantu Kerja-Kerja Rumah Ketika Ibunya Dalam Pantang Raih Perhatian Ramai. Wah Rajinnya Isaac, Macam-Macam Kerja Isaac Buat. Jaga Adik Pun Pandai. Kecil-Kecil Lagi Dah Rajin Macam Ni, Untung Inara Ada Abang Macam Isaac !!
Maninjau ke akaun Instagram Zahirah Macwilson, p0sting terbaru Zahirah telah meraih perhatian ramai. Zahirah memuatnaik sebuah video yang memaparkan Isaac Raees membantu membuat kerja-kerja di rumah seperti menyidai pakaian, menyusun barang dan menjaga adiknya.
Umum mengetahui yang Zahirah kini sedang berpantang bersalinkan anak kedua yang merupakan seorang bayi perempuan. Bayi tersebut diberi nama Inara Raisa. Sikap rajin Isaac ini sangat membantu Zahirah ketika berpantang. Isaac juga nampak sangat penyayang dengan adiknya.
Ramai yang memuji cara didikan Zahirah dan Aiman terhadap anak lelaki mereka. Isaac dibiasakan dengan melakukan kerja-kerja rumah walaupun masih kecil. Nampak seperti Isaac sudah biasa melakukannya terutamanya ketika menyidai pakaian. Nampak sangat elok dan kemas.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 48 ribu tanda suka daripada warganet dalam tempoh beberapa jam ia dimuatnaik. Inara serta ibubapa Isaac sangat beruntung kerana mempunyai seorang anak serta abang yang sangat rajin membantu.
Jom tonton video di bawah :
Ramai yang memuji sikap Isaac yang sangat rajin membantu buat kerja rumah. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Iām sure that Aiman is very helpfull with house chores so Isaac will follow him.. good boy Isaac.. He’s gonna be Inara bodyguard for sure.. “
” Bagusnya didik anak lelaki serba boleh macam ni. Untung parents, siblings dan future wife .. Aww Inara is so lucky to have Isaac as her brother.. “
” Good boy laa.. Lurve sgt tgk Isaac nih.. anak soleh.. semoga jadi abg yg bertanggungjawab, jadi abg yg always protect adik, sayang ur adik. Its not easy nk jadi anak sulong. Tapi isaac can do it.. “
” Awww…..I’m so in love with this boy. Satu contoh didikan yg sempurna. masyaallah comelmyaaa semoga allah merahmati keluarga ini insyaallah aamiin3.. “
” Allahuakhbar such a clever, handsome big brother and so rajin nya. Stay safe and love always. Untung la Inara, ada abang yg hensem, rajin pulak tu.. “
” Baiknya Issac ni. Pandai emak, ayah, nenek dan atuk dia didik. Well Done, Big Bro Isaac….loves his smiles & his affectionates towards Inaara.. “
” Sygnya abg dia kt adik., calon menantu.. bagus nye abg long..rajin.. Mommy punya assistant ni to be exact.. Pandainyerlah abang Issac.. “
Tahniah diucapkan kepada Zahirah dan Aiman atas didikan yang diberikan kepada Isaac. Jika sejak dari kecil sudah biasa melakukan kerja-kerja di rumah, kelak apabila sudah dewasa nanti akan lebih pandai berdikari dan ringan tulang. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Zahirah Macwilson
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen