Artis / Selebriti
” Bagus Oddah, netizen ni kecam je memanjang. Bila kita dah bersuara baru dorang tahu kebenaran.. ” – Komen Netizen
Video Oddah menjelaskan isu hangat mengenai Hadie yang dikatakan bermalam di rumahnya baru-baru ini. Fuh bila Oddah bersuara, padu betul ayat Oddah bagi..
Baru-baru ini tular isu yang melibatkan bintang baru, Hadie Elfardie dan Oddah. Ina Naim menegur anak terunanya itu dan menyuarakan kebimbangannya. Ini juga kerana terlalu ramai yang menghantar pesanan ringkas kepada Ina menegur pergaulan Hadie.
Banyak spekulasi yang timbul dan ianya meninggalkan kesan kepada Hadie dan persahabatannya bersama Oddah. Sudah berulang kali Oddah menegaskan hubungannya bersama Hadie hanya sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu. Antara fitnah yang bertebaran adalah ada yang mengatakan Hadie bermalam di rumah Oddah.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Oddah menjawab isu panas tersebut. Oddah dengan tegas mengatakan Hadie tidak bermalam di rumahnya dan cuma menumpang sementara menanti waktu untuk dihantar ke TBS.

Oddah juga turut menjelaskan bukan dia, Hadie dan sepupunya Zal sahaja berada di rumah kerana ahli keluarga yang lain juga ada bersama. Malah Hadie hanya berada di ruang tamu sahaja dan bukannya di bilik Oddah seperti tanggapan segelintir warganet.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Aww smart girl.. X perlu jelaskan panjang lebar Oddah. Org kalau nk mengata mengata jua. We all kenal your parents and family mcm mana and we know you are not the problem.. “
” Oddah, nmpk matured sgt disebalik prangai die yg comel2 Tu..klu ank aunty la kwn2,parents kwn treat MCM ni,aunty pn senang Hati.. “
” Mak hadie Pon tak Salah Pon.. SB ramai ngata mak hadie umpama tak jaga anak. kesian weh.. odda Pon tak Salah.. media yg melebih2 sgt.. tp takpe la.. ni pengajaran mengajar dewasa.. ok chill.. ina saya faham.. “
” Sangat berhemah odah.. mokcik respect odah… bagus didikan ayah dan ibunya.. bagus jawapan dia, ada kematangan cuma teguran yang mana tak betul boleh lah ambil pedoman dan jadikan iktibar.. “
” Penjelasan yg baik, tkpe kami faham Odda. Lagipun uma Hadie jauh dkt JB nk ulang alik Tu mmg agak penat jgk. At least mama n ayah oddah Tau okla tu. Semoga terus menjadi sahabat yg baik utk Hadie Dan Ammar.. “
” Bagus Odah netizen nie kecam je memanjang bila kita dah bsuara baru drg tahu kebenaran sedangkn family korang masing2 tahu korang kat mana n buat apa semua kan.. “
” Suka dengar Oddah jawab soalan.. lancar je dia cakap. smart explaination.. bijak menjawab soalan explain pun teratur. takpe oddah, korang ok je. cuma next time kena jaga batas sikit je. no more suap-suap supaya tak ada isu.. “
Penerangan yang cukup jelas daripada Oddah untuk menjernihkan kembali keadaan supaya tiada lagi fitnah yang bertebaran di sana sini mengenai dirinya dan Hadie. Apa-apa pun, teguran ke arah kebaikan untuk Oddah dan Hadie dijadikan pedoman dan tiada akan berulang lagi fitnah seperti ini pada masa akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, Tiktok Triomut
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti55 minutes ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen

